Kes di Arab Saudi 1,109

RIYADH 14 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,109 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 466,906. Menurut Kementerian Kesihatan, kes kematian pula meningkat kepada 7,590 orang termasuk 18 pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kementerian juga merekodkan 1,148 lagi  pesakit sembuh dan ini menambah jumlah pulih kepada 449,241 orang. Kawasan Makkah merekodkan 359 kes diikuti Riyadh 221, daerah Timur 189, dan Asir 85. Jumlah kes aktif pula sebanyak 10,075 dan 1,596 dalam keadaan kritikal..

Read More

639 ‘kluster kilang’ 95,156 kes

PUTRAJAYA 14 Jun – Sektor pengilangan merekodkan jumlah jangkitan baharu tertinggi bagi kluster tempat kerja dengan mencatatkan 95,156 kes dan 639 kluster, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam masa sama, katanya, terdapat 1,328 kluster tempat kerja dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan 624,246 individu telah disaring, manakala 147,040 orang telah dikesan positif Covid-19. Menurut Dr. Noor Hisham, kes positif yang dilaporkan dalam kategori kluster tempat kerja ini terdiri daripada bukan warganegara iaitu 100,086 kes (68 peratus) berbanding warganegara sebanyak 46,954 kes (32 peratus). Sehubungan itu,…

Read More

Angka harian turun kepada 4,949

PUTRAJAYA 14 Jun – Malaysia merekodkan penurunan kes Covid-19 dua hari berturut-turut apabila 4,949 jangkitan baharu dilaporkan hari ini  menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 662,457. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian pula merekodkan pertambahan sebanyak 60 kes menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 3,968. Berdasarkan jumlah jangkitan baharu Covid-19, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak enam kes import dilaporkan menerima jangkitan dari luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 71,625 kes. Dalam tempoh 24 jam lalu juga, sebanyak 921 kes sedang menerima rawatan di…

Read More

Thailand menghampiri 200,000 kes

BANGKOK 14 Jun – Thailand menghampiri 200,000 kes jangkitan Covid-19 apabila 3,355 kes baharu direkodkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 199,264. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 2,571 kes jangkitan melibatkan orang awam (termasuk 10 kes import) dan 784 di penjara. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 925 kes, diikuti Nakhon Pathom (292), Nonthaburi (232), Samut Prakan (196) dan  Samut Sakhon (158). Samut Sakhon dan Samut Prakan mencatatkan dua kluster baharu manakala satu kluster dikesan masing-masing di Nakhon Pathom, Songkhla, Nakhon Si Thammarat, Pathum Thani,…

Read More

Singapura lapor 25 kes baharu

SINGAPURA 14 Jun – Singapura melaporkan 25 kes baharu Covid-19 yang meliputi 18 kes dalam masyarakat, satu jangkitan di asrama pekerja asing dan enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan 62,301 kes dan 34 kematian Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 daripada kes baharu yang dilaporkan hari ini ada kaitan dengan kes-kes lalu, dengan 13 daripadanya sudah dikenakan kuarantin, manakala lagi empat dikesan menerusi ujian pemantauan. Baki dua kes tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu. Enam kes import pula termasuk tiga warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) yang pulang ke negara ini…

Read More

Selangor catat penurunan kes

PUTRAJAYA 14 Jun – Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi kepada jumlah kumulatif kes harian Covid-19 apabila merekodkan 1,523 kes yang membawa kepada jumlah kes harian yang dicatatkan negara sebanyak 4,949. Bagaimanapun Selangor menunjukkan penurunan lebih 1,000 kes jika dibandingkan dengan 2,558 kes yang direkodkan semalam. Ada negeri yang merekodkan kenaikan dan ada juga turun, di mana kenaikan tidak mencecah 1,000 kes kecuali Selangor. Sarawak antara negeri yang merekodkan kenaikan iaitu 744 kes berbanding 544 semalam, Kuala Lumpur juga meningkat 503 (462) dan Johor 430 (363). Negeri Sembilan turun sedikit kepada…

Read More

Pintu depan DISELAK pintu belakang TERSELAK

BERSAMA harungi 14 hari lagi (setakat hari ini) untuk melandai atau memutuskan rantaian Covid-19. Bersabarlah ! Duduk di rumah. Kerja di rumah. Jika tidak ada urusan penting, jangan merayau, ke sana ke sini ke sana ke sini. Bagi yang perlu keluar bekerja, patuhlah SOP (Prosedur Operasi Standard), sama ada di pejabat kerajaan, swasta, di kilang atau di kedai serta yang memandu grab atau penghantar makanan dan pelbagai lagi. Kepada Makcik Kiah patuhlah SOP semasa buka gerai. Haji Salleh kena ingat mi kolok dan makanan lain hanya untuk dibungkus bawa pulang,…

Read More

Hari ketiga tak capai 150,000

PUTRAJAYA 14 Jun – Jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 negara pada 13 Jun ialah 128,912, menunjukkan penurunan tiga hari berturut-turut selepas mencapai sasaran 150,000 suntikan harian pada 8 Jun lalu. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, jumlah suntikan harian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini ialah 4.49 juta. Menerusi infografik dikongsikan di Twitter rasmi JKJAV, jumlah harian melibatkan individu yang telah menerima dos kedua adalah 26,704. Manakala pemberian harian dos pertama pada 13 Jun ialah 102,208. Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama setakat 13…

Read More

Robot edar air zamzam di dua masjid

MAKKAH 14 Jun – ‘Robot Zamzam’ yang berperanan mengedarkan botol air zamzam untuk jemaah masjid dilancarkan oleh Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi  Sheikh Dr. Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Sudais Robot pintar itu akan digunakan di kedua-dua masjid itu di Makkah dan Madinah. Menurut Dr. Abdulrahman, amat penting memanfaatkan teknologi moden itu untuk  melayani umat manusia lebih-lebih lagi ketika penularan pandemik Covid-19 sekarang.. Robot pintar itu akan berfungsi mengedarkan botol air zamzam tanpa melibatkan manusia dan tidak menjejaskan pergerakan di dalam kedua-dua masjid.

Read More