Angka harian turun kepada 4,949

PUTRAJAYA 14 Jun – Malaysia merekodkan penurunan kes Covid-19 dua hari berturut-turut apabila 4,949 jangkitan baharu dilaporkan hari ini  menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 662,457.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian pula merekodkan pertambahan sebanyak 60 kes menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 3,968.

Berdasarkan jumlah jangkitan baharu Covid-19, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak enam kes import dilaporkan menerima jangkitan dari luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 71,625 kes.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, sebanyak 921 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 459 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah pesakit yang sembuh juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 6,588 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh ialah 586,864.

Related posts

Leave a Comment