Selangor catat penurunan kes

PUTRAJAYA 14 Jun – Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi kepada jumlah kumulatif kes harian Covid-19 apabila merekodkan 1,523 kes yang membawa kepada jumlah kes harian yang dicatatkan negara sebanyak 4,949.

Bagaimanapun Selangor menunjukkan penurunan lebih 1,000 kes jika dibandingkan dengan 2,558 kes yang direkodkan semalam.

Ada negeri yang merekodkan kenaikan dan ada juga turun, di mana kenaikan tidak mencecah 1,000 kes kecuali Selangor.

Sarawak antara negeri yang merekodkan kenaikan iaitu 744 kes berbanding 544 semalam, Kuala Lumpur juga meningkat 503 (462) dan Johor 430 (363).

Negeri Sembilan turun sedikit kepada 323 (331), Sabah 273 (335) dan Pulau Pinang 214 (256), Perak 136 (121) Terengganu 86 (46), Wilayah Persekutuan Putrajaya 10 (7).

Kelantan merekodkan penurunan dengan 214 (179) diikuti Kedah 199 (301), Melaka 119 (145), Wilayah Persekutuan Labuan 113 (158), Terengganu 86 (46) dan Pahang 61 (78).

Related posts

Leave a Comment