Hari ketiga tak capai 150,000

PUTRAJAYA 14 Jun – Jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 negara pada 13 Jun ialah 128,912, menunjukkan penurunan tiga hari berturut-turut selepas mencapai sasaran 150,000 suntikan harian pada 8 Jun lalu.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, jumlah suntikan harian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini ialah 4.49 juta.

Menerusi infografik dikongsikan di Twitter rasmi JKJAV, jumlah harian melibatkan individu yang telah menerima dos kedua adalah 26,704.

Manakala pemberian harian dos pertama pada 13 Jun ialah 102,208.

Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama setakat 13 Jun ialah 3.13 juta, manakala dos kedua ialah 1.35 juta.

Related posts

Leave a Comment