Singapura lapor 25 kes baharu

SINGAPURA 14 Jun – Singapura melaporkan 25 kes baharu Covid-19 yang meliputi 18 kes dalam masyarakat, satu jangkitan di asrama pekerja asing dan enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan 62,301 kes dan 34 kematian

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 daripada kes baharu yang dilaporkan hari ini ada kaitan dengan kes-kes lalu, dengan 13 daripadanya sudah dikenakan kuarantin, manakala lagi empat dikesan menerusi ujian pemantauan.

Baki dua kes tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Enam kes import pula termasuk tiga warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) yang pulang ke negara ini dan kesemuanya dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus selepas mereka tiba di Singapura.

Related posts

Leave a Comment