Filipina minat Sputnik V

PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte memuji kejayaan Rusia membangunkan vaksin virus korona dan menawarkan dirinya menerima “suntikan di khalayak” bagi meredakan kebimbangan tentang keselamatan vaksin tersebut.

Saintis Filipina akan menemui wakil dari Rusia yang menghasilkan vaksin Covid-19 untuk membincangkan kemungkinan menyertai ujian klinikal dan mendapat akses kepada data penyelidikan.

Filipina adalah salah satu negara di Asia dengan jumlah tertinggi jangkitan virus korona.

Setakat pukul 4 petang 12 Ogos 2020, Filipina melaporkan 4,444 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 143,749.

Jabatan Kesihatan (DOH) juga mengumumkan 636 pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan sembuh 68,997.

Sebanyak 93 kematian dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan pesakit yang. meninggal dunia sebanyak 2,404

Rusia kelmarin menjadi negara pertama di dunia diberi kelulusan bagi vaksin Covid-19 diberi nama Sputnik V.

Pengumuman Rusia itu mengundang keraguan dan kebimbangan dan dalam

kalangan pakar antarabangsa, mereka masih mempertikaikan keputusan ujian klinikal itu memandangkan tempoh kelulusan yang singkat.

Para saintis di Rusia dan negara lain memberi amaran bahawa tindakan terburu-buru menawarkan vaksin sebelum ujian peringkat akhir selesai boleh menimbulkan risiko.

Ketika ini sebanyak 168 calon vaksin sedang diusahakan di seluruh dunia.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurangnya empat vaksin kini dalam fasa ketiga ujian klinikal ke atas manusia.  

Related posts

Leave a Comment