3,342 individu mungkin positif

SHAH ALAM 12 Jun – Seramai 3,342 atau 3.43 peratus individu di Selangor berkemungkinan positif Covid-19 hasil ujian saringan besar-besaran yang dijalankan di negeri itu sejak 8 Mei.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata, seramai 97,565 warga Selangor telah disaring di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor setakat 10 Jun.

Mengikut keberkesanan dan kepentingan khidmat saringan ini, kerajaan negeri akan meneruskan Ujian Saringan Covid-19 Percuma dalam fasa ke-3 yang menyasarkan 100,000 individu.

Ini termasuk memberi tumpuan kepada kawasan ‘hotspot’ (titik panas) kes Covid-19 serta kawasan industri dan perkilangan.

Dalam ciapan di Twitter, ADUN Sungai Tua itu menzahirkan terima kasih kepada warga Selangor dan petugas serta badan berkuasa yang terlibat sepanjang Program Saringan Covid-19 Komuniti Bersasar.

Program saringan percuma yang dilakukan kerajaan Selangor sejak 8 Mei lalu, mendapati golongan produktif berusia 20 hingga 40 tahun, menjadi kumpulan positif Covid-19 tanpa menunjukkan sebarang simptom (silent carrier).

Related posts

Leave a Comment