PM Lee lancar buku resipi hari raya

SINGAPURA 12 Jun – Syawal terakhir semalam, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong melancarkan buku 21 resipi masakan Hari Raya bersama penduduk Ang Mo Kio secara maya.

Memulakan ucapan, Lee mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan meminta maaf kerana tidak dapat meraikan hari raya lebih awal

Bagaimanapun beliau gembira kerana masih dapat berkumpul dalam talian untuk   bersama penduduk meraikan hari raya.

“Malam ini saya akan melancarkan sebuah buku masakan yang istimewa, resipinya disumbangkan oleh penduduk Ang Mo Kio sendiri. Syabas. Resipinya sedap-sedap belaka, cubalah sendiri di rumah ya,” katanya.

Beliau juga berharap dapat berjumpa penduduk secara bersemuka apabila keadaan mengizinkan.

Perdana Menteri juga menasihatkan penduduk mendapatkan vaksinasi secepat mungkin dan sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri serta keluarga.

Related posts

Leave a Comment