Filipina catat 8,027 kes baharu

MANILA 12 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,027 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,308,352.

Setakat pukul 4 petang ini, 145 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 22,652 kematian.

Pada masa yang sama, jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 1,225,359 orang termasuk 8,940 kes sembuh yang direkodkan hari ini.

Kes aktif pula 60,341 orang atau 4.6 peratus.

Related posts

Leave a Comment