SEREMBAN 1 Ogos – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan ke-16 apabila semua 24 calonnya tewas termasuk Ketua Penerangan, Tun Faisal Ismail Aziz. Tun Faisal yang hilang wang pertaruhan hanya memperoleh 481 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Razali Abu Samah meraih 13,122 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Mohamad mendapat 9,713 undi. Jumlah undi yang diterima Tun Faisal gagal melepasi ambang 12.5 peratus daripada keseluruhan undi, sekali gus menyebabkan beliau kehilangan deposit. Parti…
Read MoreDay: August 1, 2026
BN, PN bentuk kerajaan Negeri Sembilan
SEREMBAN 1 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata secara tidak rasmi, BN memenangi 18 kerusi manakala PN memperoleh tujuh kerusi sekali gus memberikan kedua-dua gabungan itu majoriti untuk menerajui pentadbiran negeri. “Kami akan meneruskan perbincangan susulan antara kedua-dua gabungan ini berkaitan pembentukan kerajaan negeri yang baharu berdasarkan keputusan yang dimaklumkan,” katanya pada sidang media di Wisma UMNO Negeri…
Read MoreAminuddin, Anthony Loke tewas
SEREMBAN 1 Ogos – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Aminuddin Harun dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan hari ini. Aminuddin Naib Presiden PKR dan bekas Menteri Besar tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi selepas beliau berpindah dari Sikamat yang dimenanginya pada PRN 2023 dengan majoriti 2,662 undi. DUN Linggi menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan dua lagi calon termasuk penyandang, Datuk Mohd Faizal Ramli (BN) serta Datuk Zamri Md Said mewakili Bersatu. Sementara itu,…
Read MoreBerita pilihan…
Lebih 12,000 spesies terancam
CANBERRA – Hasil kajian saintis mendapati aktiviti perlombongan mengancam lebih 12,000 spesies di seluruh dunia, termasuk hampir 6,000 spesies yang telah diklasifikasikan sebagai “terancam”, Penyelidik dari Australia dan Britain menggabungkan peta global aktiviti perlombongan dengan data spesies terancam bagi mengkaji sejauh mana risiko perlombongan terhadap biodiversiti. Demikian menurut ringkasan kajian yang disiarkan di laman web Australian Science Media Centre. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cell Reports Sustainability itu menunjukkan aktiviti perlombongan berlaku di kawasan yang mempunyai biodiversiti amat tinggi, termasuk wilayah yang kaya dengan spesies terancam. Tekanan terhadap biodiversiti dijangka meningkat…
Read MoreTrump ancam serang Iran ‘lebih keras’
WASHINGTON – Presiden Donald Trump, mengancam untuk menyerang Iran dengan ‘lebih keras’ secara besar-besaran dan sudah mula melakukan perancangan berkaitan dengan Israel. Media AS melaporkan beliau sedang mempertimbangkan serangan baharu seawal hujung minggu ini, termasuk menyasarkan infrastruktur tenaga negara itu. “Kami akan menyerangnya dengan sangat keras dan pada satu tahap mereka akan berkata, ‘Kami tidak mampu menanggungnya lagi’,” kata Trump ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Camp David, di Maryland, semalam. Akhbar Wall Street Journal pula melaporkan Trump sudah mengarahkan satu lagi serangan baharu bagi memaksa Tehran menyerah kalah, yang dijangka…
Read More