Aminuddin, Anthony Loke tewas

SEREMBAN 1 Ogos – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Aminuddin Harun dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan hari ini.

Aminuddin Naib Presiden PKR dan bekas Menteri Besar tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi selepas beliau berpindah dari Sikamat yang dimenanginya pada PRN 2023 dengan majoriti 2,662 undi.

DUN Linggi menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan dua lagi calon termasuk penyandang, Datuk Mohd Faizal Ramli (BN) serta Datuk Zamri Md Said mewakili Bersatu.

Sementara itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah yang dimenanginya dengan majoriti 2,200 undi sebelum ini selepas calon BN Siow Kong Choon menang dengan majoriti 688 undi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment