Kes sporadik membimbangkan

PUTRAJAYA 6 Mei – Malaysia berhadapan dengan trend peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 dan kes kematian akibat pandemik itu terutama selepas 1 April tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata keadaan ini amat membimbangkan kerana majoriti kes baharu dan kematian Covid-19 adalah membabitkan kes sporadik, iaitu kes yang dikesan dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada. “Kementerian Kesihatan (KKM) ingin menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini yang mana penularan Covid-19 adalah di dalam komuniti termasuklah tempat beli-belah, tempat…

Read More

Kluster susulan pengebumian

KUCHING 6 Jun – Satu kluster baharu diisytiharkan di Mukah, Sarawak melibatkan kluster komuniti susulan upacara pengebumian yang berlangsung pada 19 hingga 21 Mei lalu. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataanya berkata Kluster Ulu Sebakong dikesan melibatkan rumah panjang di Ulu Sebakong. Sejumlah 147 individu telah disaring dan 50 kes daripadanya dikesan positif termasuk kes indeks. Manakala 90 kes didapati negatif dan tujuh kes lagi masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif Covid-19 ini telah dirujuk dan dimasukkan ke Hospital Sibu dan PKRC di Daerah Mukah bagi tujuan…

Read More

Kes di Saudi turun kepada 984

RIYADH 6 Jun – Selepas enam hari merekodkan angka harian melebihi 1,000 kes , Arab Saudi hari ini mencatatkan 984 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 457, 546 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 16 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,456 kes. Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 440,644 orang apabila 1,185 lagi kes pulih direkodkan hari ini. Kawasan Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu 349 diikuti Riyadh 210, daerah Timur 140 dan Madinah 73 dan Asir 61 kes.. Sebanyak 9,446 kes aktif dilaporkan dan 1,545 dalam…

Read More

Terendah di India dalam 2 bulan

NEW DELHI 6 Jun – India melaporkan 114,460 kes baharu Covid-19 hari ini, jumlah terendah dalam tempoh dua bulan, manakala angka korban akibat pandemik itu melonjak sebanyak 2,677. Setakat ini, India mencatatkan jumlah kes Covid-19 yang kedua tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat dengan sebanyak 28.8 juta kes secara keseluruhannya serta 346,759 kematian. Gelombang kedua koronavirus yang melanda sebahagian besar kawasan pedalaman di negara itu belum lagi reda namun New Delhi dan bandar-bandar lain sedang berusaha untuk membenarkan lebih banyak perniagaan menjalankan operasi di samping melonggarkan sekatan pergerakan mulai…

Read More

Kompaun RM283,000 dikeluarkan

IPOH 6 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga semalam mengeluarkan kompaun lebih RM283,000 terhadap peniaga yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penutupan penuh. Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam, berkata ia melibatkan 41 kes pelanggaran Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Kebanyakan kes melibatkan sektor peruncitan, khususnya kedai serbaneka di stesen minyak yang buka lebih awal dari waktu yang dibenarkan atau menutup lebih lewat perniagaan dari waktu yang dibenarkan. Menurut SOP, kedai serbaneka boleh beroperasi mulai…

Read More

PRN tangguh, ADUN Sarawak kekal

PUTRAJAYA 6 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ditangguhkan kepada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak. Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak dalam kenyataannya berkata, penangguhan itu dibuat selepas menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewangan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Mohamad Asfia Awang Nassar, Penangguhan itu dibuat mengikut peruntukan Seksyen 13 dan Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021. Menurut Ikmalrudin, di bawah Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, bagi tempoh darurat berkuat kuasa, peruntukan untuk memanggil,…

Read More

Indonesia catat 5,832 kes

JAKARTA 6 Jun – Indonesia menambah 5,832 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,856,038 dengan kes aktif 98,455 Kes sembuh pula meningkat kepada 1,705,971 termasuk 4,187 yang direkodkan hari ini manakala angka kematian mencecah 51.612 dengan 163 kematian baharu. Lima provinsi merekodkan kes tertinggi iaitu Jakarta 1,019 dan kumulatifnya 435,135 435.135 kasus, Jawa Tengah 890 (205,232), Jawa Barat 869 (319,761) ,  Riau 528 (63,145) serta Sumatera Barat 388 kasus dan kumulatifnya 46.005 kasus. Jakarta menambahkan 884 orang sembuh dan kumulatifnya 416.130 orang, Riau 737 (55,998), Jawa Tengah…

Read More

Malaysia kekal empat digit

PUTRAJAYA 6 Jun – Menunjukkan penurunan berbanding 7,452 semalam tetapi jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini masih kekal empat digit dengan 6,241 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes COvid-19 di negara ini berjumlah 616,815. Daripada jumlah kes baharu itu, 6,237 adalah kes tempatan dan empat kes import. Jumlah kematian pula masih tinggi dengan merekodkan 87 kes menjadikan jumlah keseluruhan 3,378 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 526,809 apabila 5,133 lagi pesakit dilaporkan pulih.…

Read More

14 import, 6 tempatan di Singapura

SINGAPURA 6 Jun – Lebih separuh daripada 20 kes jangkitan harian yang dilaporkan Singapura setakat 12 tengah hari ini adalah kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, enam kes baharu dalam masyarakat direkodkan di mana lima daripadanya berhubung kait dengan kes-kes lalu yang sudah dikuarantin. Baki satu kes tanpa hubung kait buat masa ini. Sebanyak 14 kes import yang dilaporkan hari ini adalah terdiri daripada 12 rakyat Singapura atau Penduduk Tetap Singapura (PR) yang pulang ke negara ini. Kesemua kes sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di…

Read More

Filipina catat 7,228 kes

MANILA 6 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 7,228 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,269,478 kes. Bagaimanapun kes sembuh yang dilaporkan hari ini meningkat kepada 1,188,243 kes atau 93.6 peratus apabila 7,372 lagi pesakit pulih. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 166 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 21,898 kematian. Kes aktif pula 59,337 atau 4.7 peratus.

Read More