Kes di Saudi turun kepada 984

RIYADH 6 Jun – Selepas enam hari merekodkan angka harian melebihi 1,000 kes , Arab Saudi hari ini mencatatkan 984 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 457, 546 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 16 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,456 kes.

Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 440,644 orang apabila 1,185 lagi kes pulih direkodkan hari ini.

Kawasan Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu 349 diikuti Riyadh 210, daerah Timur 140 dan Madinah 73 dan Asir 61 kes..

Sebanyak 9,446 kes aktif dilaporkan dan 1,545 dalam keadaan kritikal.

Kementerian juga mengumumkan setakat ini sebanyak 14,835,236 dos vaksin sudah diberikan.

Related posts

Leave a Comment