Kes harian baharu Malaysia 3,936

PUTRAJAYA 18 Julai – Jumlah kes harian Covid-19 turun kepada 3,936 semalam, berbanding 5,047 kelmarin dan 5,230 pada hari sebelumnya.

Berdasarkan maklumat dalam COVIDNOW setakat tengah malam tadi, jangkitan baharu itu meliputi 3,935 penularan tempatan dan satu kes import.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini   mencecah 4,622,981 kes.

Selain itu, tujuh kematian baharu Covid-19 direkodkan di Johor (3) Kedah (2), Melaka (1) dan Pahang (1) di mana kes di Kedah dan Pahang melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 35,855 orang.

Seramai 40,933 pesakit daripada 42,511 kes aktif sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah, manakala 33 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,484 di hospital, 38 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan bantuan pernafasan serta 23 kes di ICU tanpa bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,899 pesakit pula dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan 4,544,615 atau 98.30 peratus pesakit pulih.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi walaupun menunjukkan penurunan semalam iaitu 1,491 kes berbanding 1,925 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1,409,140.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,055 berbanding 1,365 kes, kelmarin, disusuli Perak 268 (306), Pulau Pinang 232 (265), Sabah 231 (274),

Negeri Sembilan 187 (276) dan Melaka 108 (128).

Negeri lain mencatatkan angka di bawah 100 iaitu Johor 86 (73), Kedah 80 (113), Pahang 70 (56), Sarawak 38 (74), Kelantan 32 (37), Terengganu 31 (22), Wilayah Persekutuan Putrajaya 12 (116), Perlis 8 (9) dan Wilayah Persekutuan Labuan 7 (8).

Related posts

Leave a Comment