PUTRAJAYA 2 Okt. – NilaI kadar kebolehjangkitan (R-naught) di Malaysia kekal pada kadar 0.90 semalam sama seperti hari sebelumnya.
Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Perlis 1.04.
Ini diikuti Putrajaya 1.03 dan Melaka 1.01 sementara Pahang 0.99, Kelantan 0.97, Terengganu 0.97, Sarawak 0.92, Perak 0.92 dan Negeri Sembilan 0.91.
Enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.89, Selangor 0.86, Kedah 0.86, Kuala Lumpur 0.86, Pulau Pinang 0.84 dan Sabah 0.83.
Labuan mencatatkan dua kes baharu Covid-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
