PUTRAJAYA 30 Mei – Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,477 kes walaupun berlaku penurunan berbanding jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 2,836. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor sebanyak 184,815. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan 616 kes berbanding 789 semalam, Kelantan 612 kes (907), Sarawak 513 kes (726), Johor 433 kes (468) dan Kedah 422 kes (468). Negeri Pulau Pinang pula mencatatkan 248 kes diikuti Pahang (239 kes), Terengganu (214 kes), Perak (212 kes) dan Melaka (202 kes). Selain…
Read MoreMonth: May 2021
Kes turun, 79 kematian
PUTRAJAYA 30 Mei – Jika semalam angkanya menuju 10,000 dengan merekodkan 9,020 kes tetapi, jumlah kes positif Covid-19 yang dicata sejak 24 jam lalu berkurang kepada 6,999 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kematian pula merekodkan angka membimbangkan selepas 79 kes dicatatkan dalam tempoh sama berbanding 98 semalam. Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 78,017 kes. Sementara itu kes yang memerlukan rawatan di ICU ialah 846 kes iaitu kes yang telah disahkan positif Covid-19. “Masih ada lagi kes saring yang dalam penyiasatan. Kes yang perlukan…
Read MoreMufti Perak meninggal dunia
TAKZIAH kepada seluruh anggota keluarga Mufti Perak ke-8, Allahyarham Harussani Zakaria. Juga takziah kepada rakan-rakan di Jabatan Mufti. Dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Meninggal dunia pada 30 Mei 2021, enam hari selepas dimasukkan ke ICU setelah dijangkiti Covid-19. Sempat juga saya mengenali Allahyarham yang ketika itu sebagai Kadi Besar Pulau Pinang (1973-1985). Seorang yang baik, lemah lembut tutur katanya ketika berbicara tetapi tegas dalam mempertahankan Islam dan hukum syarak. Mungkin sebagai wartawan, lebih mudah untuk berjumpa dan menghubungi Allahyarham. Jika ada isu yang perlu diulas,…
Read MoreMAIK bertindak ceramah ‘songsang’
KOTA BHARU 30 Mei – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penceramah atau imam yang menyampaikan ceramah yang bertentangan dengan dasar kerajaan berhubung Covid-19 dan vaksin. Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan akan memantau situasi di negeri itu menerusi kerjasama rapat dengan ketua-ketua jajahan. “Penceramah bertauliah ini mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat namun jika mereka menjadi penyebab ramai yang tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin, maka kita khuatir keadaan akan bertambah bahaya,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita…
Read MoreCovid-19 naik 70 peratus selepas PRN
PUTRAJAYA 30 Mei – Kes baharu Covid-19 di Sabah telah meningkat 70 peratus pada minggu pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu malahan terdapat anggaran peningkatan 2,979 kes baharu antara 26 September (hari mengundi) sehingga 12 Oktober 2020. Kajian itu melaporkan antara daerah dengan kes tertinggi adalah Semporna (95.7 peratus), Tawau (79.5 peratus) dan Lahad Datu (96.7 peratus). Kajian tersebut turut melaporkan peningkatan 64.4 peratus kes baharu di negeri-negeri lain dengan tambahan 1,741 kes. Menurut penulis kajian, anggaran yang dibuat bukan disebabkan trend sedia ada, usaha pemantauan dan/atau dasar…
Read MoreVarian kacukan India, UK di Vietnam
HANOI 30 Mei – Pihak berkuasa Vietnam melaporkan telah mengesan varian baharu virus Covid-19 yang merupakan gabungan varian India dan UK serta tersebar melalui udara dengan pantas. Menteri Kesihatan Vietnam, Nguyen Thanh Long menggambarkan varian baharu itu sebagai kacukan daripada dua varian yang diketahui sebelum ini. Jelasnya, varian baharu itu merupakan varian India dengan mutasi yang asalnya daripada varian UK serta lebih berbahaya. Selepas berjaya membendung virus tersebut hampir sepanjang tahun lalu, Vietnam menghadapi peningkatan jangkitan sejak akhir April. Separuh daripada kes jangkitan keseluruhan sebanyak 6,856 dikesan pada tahun ini…
Read MorePermintaan katil ICU meningkat
PUTRAJAYA 30 Mei – Jumlah kes Covid-19 yang dimasukkan ke ICU termasuk yang disahkan, dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan telah mencecah hampir 1,200 kes, jumlah yang tertinggi sejak pandemik ini bermula tahun lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah berkata dengan pertambahan kes baharu harian yang telah mencecah lebih 9,000 kes, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan rapi juga dijangka akan terus meningkat. Menurut beliau, kapasiti katil ICU untuk pesakit Covid-19 secara berfasa telah ditambah dan dalam tempoh tiga minggu bulan Mei 2021 sebanyak 439 katil tambahan telah dapat…
Read MoreAhli PKR hina Agong direman
KUALA LUMPUR 30 Mei – Parti Keadilan Rakyat PKR mengesahkan Iswardy Morni yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini merupakan ahli parti itu, kata Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil. Bagaimanapun katanya kenyataan Iswardy itu tidak mewakili pendirian parti yang sentiasa menjunjung serta mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu. Iswardy, 45 seorang anggota biasa parti berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak dan tidak memegang apa-apa jawatan di dalam hierarki kepemimpinan Keadilan Sarawak mahupun Pusat. Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah…
Read MoreVietnam ambil langkah
HANOI 30 Mei – Mulai esok, perhimpunan awam lebih 10 orang di tempat awam di Vietnam dilarang sebagai langkah membendung penularan virus Covid-19. Bagaimanapun Ho Chi Minh sedang menimbangkan untuk mengurangkan jumlahnya kepada hanya lima orang. Dalam usaha membendung penularan wabak, hab perniagaan Vietnam itu akan memulakan langkah-langkah jarak selamat di bandar itu selama 15 hari mulai esok. Awal minggu ini Ho Chi Minh sudapun menutup kedai dan restoran. Menurut laporan media, semua penduduk daerah Go Vap tidak dibenarkan keluar jika tidak perlu.
Read MoreKeluhan dan rayuan KP KKM
PUTRAJAYA 30 Mei – “Hari ini merupakan satu detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian Covid-19 yang tertinggi sejak pandemik ini bermula….Bantulah kami agar sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali,” Demikian keluhan dan rayuan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melalui hantaran di Facebook malam tadi. Ini ekoran pertambahan 98 kes kematian Covid-19 semalam yang menyaksikan angka korban akibat wabak tersebut kini berjumlah 2,650 kes. Katanya perkembangan itu menyebabkan bilik simpanan mayat di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung pertambahan mendadak…
Read More