10 juta individu dapat dos penggalak

PUTRAJAYA 20 Jan. – Sebanyak 10,002,472 atau 30.6 peratus individu dewasa telahmenerima dos penggalak vaksin Covid-19 termasuk 258,337 dos yang diberikan sepanjang semalam.

Menurut data di laman COVIDNOW, sebanyak 78.7 peratus atau 25,688,466 daripada populasi keseluruhan melengkapkan dos masing-masing manakala 79.8 peratus atau 26,052,362 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 97.9 peratus atau 22,911,629 daripada penduduk dewasa melengkapkan vaksinasi termasuk 2,441 dos diberikan semalam manakala 99.1 peratus atau 23,189,939 mendapat sekurang-kurangnya satu dos termasuk 1,273 dos semalam.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 88.2 peratus atau 2,776,837 individu telah menerima dos kedua manakala 90.9 peratus atau 2,862,423 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, sebanyak 264,635 dos vaksin telah diberikan menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

61,540,069.

Related posts

Leave a Comment