Mufti Perak meninggal dunia

TAKZIAH kepada seluruh anggota keluarga Mufti Perak ke-8, Allahyarham Harussani Zakaria. Juga takziah kepada rakan-rakan di Jabatan Mufti. Dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Meninggal dunia pada 30 Mei 2021, enam hari selepas dimasukkan ke ICU setelah dijangkiti Covid-19.

Sempat juga saya mengenali Allahyarham yang ketika itu sebagai Kadi Besar Pulau Pinang (1973-1985). Seorang yang baik, lemah lembut tutur katanya ketika berbicara tetapi tegas dalam mempertahankan Islam dan hukum syarak.
Mungkin sebagai wartawan, lebih mudah untuk berjumpa dan menghubungi Allahyarham. Jika ada isu yang perlu diulas, Allahyarham tidak keberatan untuk ditemu bual di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Begitu juga berkaitan liputan kes mahkamah syariah. Satu kenangan lama yang kini tinggal sejarah.
Semoga Allah memberikan rahmat dan keampunanNya ke atas Allahyarham dan ditempatkan di syurgaNya. Aamiin.
Al-Fatihah.

Related posts

Leave a Comment