Turun di Selangor tetapi masih tinggi

PUTRAJAYA 30 Mei – Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,477 kes walaupun berlaku penurunan berbanding jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 2,836.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor sebanyak 184,815.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan 616 kes berbanding 789 semalam, Kelantan 612 kes (907), Sarawak 513 kes (726), Johor 433 kes (468) dan

Kedah 422 kes (468).

Negeri Pulau Pinang pula mencatatkan 248 kes diikuti Pahang (239 kes), Terengganu (214 kes), Perak (212 kes) dan Melaka (202 kes).

Selain itu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula masing-masing mencatatkan bilangan kes kurang daripada 200 jangkitan diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya (13 kes) dan Perlis (7 kes).

Related posts

Leave a Comment