Covid-19 naik 70 peratus selepas PRN

PUTRAJAYA 30 Mei – Kes baharu Covid-19 di Sabah telah meningkat 70 peratus pada minggu pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu malahan

terdapat anggaran peningkatan 2,979 kes baharu antara 26 September (hari mengundi) sehingga 12 Oktober 2020.

Kajian itu melaporkan antara daerah dengan kes tertinggi adalah Semporna (95.7 peratus), Tawau (79.5 peratus) dan Lahad Datu (96.7 peratus).

Kajian tersebut turut melaporkan peningkatan 64.4 peratus kes baharu di negeri-negeri lain dengan tambahan 1,741 kes.

Menurut penulis kajian, anggaran yang dibuat bukan disebabkan trend sedia ada, usaha pemantauan dan/atau dasar pencegahan tetapi anggaran itu menunjukkan kemungkinan perhimpunan ramai di satu kawasan ‘melimpah’ kepada penularan di seluruh negara.

Justeru pelonggaran sekatan perhimpunan ramai perlu dipertimbang secara cermat, walaupun ketika jangkitan komuniti yang rendah dan penguatkuasaan garis panduan penjarakan yang selamat.

Kajian itu berdasarkan pemodelan komputer trend Covid-19 di Malaysia dari 22 Mac hingga 12 Oktober – iaitu ketika sehari sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah.

Kajian itu dibuat oleh satu kumpulan yang kebanyakan anggotanya di Saw Swee Hock School of Public Health Universiti Kebangsaan Singapura.

Ia bertujuan menjadikan PRN Sabah sebagai kajian kes bagi menaksir bagaimana perhimpunan ramai boleh menyebabkan penularan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment