MAIK bertindak ceramah ‘songsang’

KOTA BHARU 30 Mei – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penceramah atau imam yang menyampaikan ceramah yang bertentangan dengan dasar kerajaan berhubung Covid-19 dan vaksin.

Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan akan memantau situasi di negeri itu menerusi kerjasama rapat dengan ketua-ketua jajahan.

“Penceramah bertauliah ini mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat namun jika mereka menjadi penyebab ramai yang tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin, maka kita khuatir keadaan akan bertambah bahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program penyerahan barangan keperluan barisan hadapan di lobi pejabat MAIK, Lundang, di sini hari ini.

(Grafik hiasan)

Related posts

Leave a Comment