Kes di Saudi turun, catat 907 kes

JEDDAH 30 Mei – Kes baharu Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan apabila 907 kes dilaporkan berbanding kes harian hampir dua minggu sebelum ini melebihi 1,000 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 13 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Dengan perkembangan ini jumlah kes kini meningkat kepada 449,191 manakala kematian pula meningkat kepada 7,347 orang. Pada masa yang sama, sebanyak 1,201 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pesakit yang dilaporkan pulih meningkat kepada 432,138. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 258, diikuti Makkah 232, daerah Timur 139…

Read More

Singapura lapor 25 kes baharu

SINGAPURA 30 Mei – Sebanyak 25 kes baharu Covid-19 direkodkan, 19 daripadanya dalam masyarakat manakala enam lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 62,028 kes dengan 32 kematian.  Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura, sebanyak 13 kes berkait dengan kes sebelum ini termasuk 11 yang sudah dikuarantin terlebih dahulu. Baki dua pula dikesan melalui ujian pengawasan. Enam lagi jangkitan tiada hubung kait dengan kes terdahulu manakala enam kes import yang sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Lima daripada kes import adalah rakyat atau penduduk tetap yang…

Read More

Thailand lepasi 150,000 kes

BANGKOK 30 Mei – Kes baharu Covid-19 di Thailand kini melepasi 150,000 kes apabila merekodkan 4,528 kes baharu hari ini berbanding 4,803 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 154,307. Jumlah kematian pula mencecah 1,012 orang selepas 24 lagi kematian direkodkan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) 2,626 adalah kes melibatkan masyarakat awam termasuk 27 kes import dan 1,902 kes di penjara. Kes kematian pula melibatkan 14 di Bangkok, tiga di Nonthaburi, dua di Chon Buri dan masing-masing satu kes di Chiang Mai, Samut Prakan, Samut Sakhon, Suphan Buri dan Nakhon Si Thammarat.…

Read More

Filipina catat 7,058 kes baharu

MANILA 30 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 7,058 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,223,627:kes. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 6,852 kes pulih dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,149,010 sembuh. Jumlah kematian pula meningkat kepada 20,860 orang termasuk 139 yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula 53,757 atau 4.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Kluster aktiviti ziarah Aidilfitri

KUCHING 30 Mei – Dua lagi kluster baharu Covid-19 diisytiharkan iaitu Kluster Gerigat di Kabong dan Kluster Sungai Parik di Sri Aman, menjadikan 80 kluster yang masih aktif di negeri ini. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Kluster Gerigat merupakan kluster komuniti yang dikesan di sebuah kampung di Gerigat, Kabong yang merebak melalui pergerakan sosial dan aktiviti ziarah Aidilfitri. “Sejumlah 358 individu disaring dan 20 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, 12 kes didapati negatif dan 326 kes masih menunggu keputusan,” kata JPBN. Kluster Sungai Parik pula merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan empat lokaliti…

Read More

1,029,208 lengkapi dua dos

PUTRAJAYA 30 Mei – Seramai 1,029,208 individu melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Melalui akaun Twitternya hari ini, beliau berkata seramai 1,822,340 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,851,548 setakat semalam.  Dr Adham berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 139,317 dos diikuti Sarawak (102,788 ), Kuala Lumpur (94,397), Perak (94,214) dan Johor (88,252). Setakat semalam, 49.3 peratus atau 11,959,419 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran…

Read More

Kluster baharu upacara pengebumian

LABUAN 30 Mei – Perhimpunan semasa upacara pengebumian di Kampung Sungai Keling mencetuskan kluster baharu iaitu Simpang Sungai di sini  semalam selepas seorang lelaki berumur 38 tahun didapati positif Covid-19 dan menjangkiti enam yang lain. Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata lelaki itu diuji positif pada 27 Mei lepas dan sekurang-kurangnya 28 orang (21 kes baharu dilaporkan hari ini) dalam kluster itu didapati positif sehingga kini. Terdapat dakwaan bahawa sesi minum-minum dan berjudi yang diadakan (selepas upacara pengebumian itu) menyebabkan penularan Covid-19 semakin memburuk. Pecahan kluster-kluster (dari Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis) yang…

Read More

Tiada lagi rentas negeri PJJ

PUTRAJAYA 30 Mei – Mulai Selasa ini, tiada lagi aktiviti rentas daerah dan rentas negeri membabitkan pasangan jarak jauh (PJJ), kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob, Katanya, pasangan PJJ terpaksa ‘berkorban’ buat sementara sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama selama dua minggu dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19. Beliau berkata, untuk aktiviti rentas negeri dan daerah oleh pihak yang mendapat surat kebenaran bekerja dan sebagainya, surat kebenaran diberikan sebelum ini tidak akan terpakai bermula 1 Jun ini. “Kebenaran akan ditamatkan pada esok dan kementerian akan mengeluarkan surat baharu…

Read More

Keluar beli makanan, ubat sahaja

PUTRAJAYA 30 Mei – Orang awam hanya dibenarkan keluar rumah bagi tujuan pembelian makanan dan ubat-ubatan sepanjang penutupan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Selasa hingga 14 Jun ini. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob, berkata hanya dua orang dibenar keluar mendapatkan barangan keperluan asasi, termasuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. “Pergerakan tidak melebihi 10 kilometer (km),” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata, sektor ekonomi yang dibenarkan berkhidmat hanya boleh beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam. Sementara itu, semua sektor perkilangan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan…

Read More