Thailand lepasi 150,000 kes

BANGKOK 30 Mei – Kes baharu Covid-19 di Thailand kini melepasi 150,000 kes apabila merekodkan 4,528 kes baharu hari ini berbanding 4,803 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 154,307.

Jumlah kematian pula mencecah 1,012 orang selepas 24 lagi kematian direkodkan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) 2,626 adalah kes melibatkan masyarakat awam termasuk 27 kes import dan 1,902 kes di penjara.

Kes kematian pula melibatkan 14 di Bangkok, tiga di Nonthaburi, dua di Chon Buri dan masing-masing satu kes di Chiang Mai, Samut Prakan, Samut Sakhon, Suphan Buri dan Nakhon Si Thammarat.

Bangkok dan Phetchaburi masihg-masing mencatatkan 754 kes, Samut Prakan 264 kes, Nonthaburi 139 dan Chon Buri 90.

Daripada 27 kes import, sebanyak 24 kes melibatkan kepulangan dari Kemboja dan tiga lagi melibatkan warga Thai yang pulang dari Switzerland, Filipina dan Netherlands.

Sementara itu, kes pulih pula sebanyak 2,933 menjadikan jumlah keseluruhan 105,244 dan 48,051 menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment