Singapura lapor 25 kes baharu

SINGAPURA 30 Mei – Sebanyak 25 kes baharu Covid-19 direkodkan, 19 daripadanya dalam masyarakat manakala enam lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 62,028 kes dengan 32 kematian. 

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura, sebanyak 13 kes berkait dengan kes sebelum ini termasuk 11 yang sudah dikuarantin terlebih dahulu. Baki dua pula dikesan melalui ujian pengawasan.

Enam lagi jangkitan tiada hubung kait dengan kes terdahulu manakala enam kes import yang sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Lima daripada kes import adalah rakyat atau penduduk tetap yang kembali ke Singapura dari Belgium, India, Indonesia dan Amerika Syarikat manakala satu lagi kes melibatkan pemegang permit kerja dari Filipina.

Related posts

Leave a Comment