Kluster baharu upacara pengebumian

LABUAN 30 Mei – Perhimpunan semasa upacara pengebumian di Kampung Sungai Keling mencetuskan kluster baharu iaitu Simpang Sungai di sini  semalam selepas seorang lelaki berumur 38 tahun didapati positif Covid-19 dan menjangkiti enam yang lain.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata lelaki itu diuji positif pada 27 Mei lepas dan sekurang-kurangnya 28 orang (21 kes baharu dilaporkan hari ini) dalam kluster itu didapati positif sehingga kini.

Terdapat dakwaan bahawa sesi minum-minum dan berjudi yang diadakan (selepas upacara pengebumian itu) menyebabkan penularan Covid-19 semakin memburuk.

Pecahan kluster-kluster (dari Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis) yang menyumbang kepada peningkatan kes baharu di Labuan hari ini ialah 13 kes dari Patau-Patau, masing-masing 20 kes dari Simpang Sahari dan Victoria Merdeka serta 21 kes dari Simpang Sungai.

Kes-Kes lain ialah daripada saringan bergejala (24), kontak rapat (26), jangkitan pernafasan akut teruk (enam), saringan kendiri (dua) dan perjalanan rentas negeri (satu).

Beliau juga memaklumkan beberapa premis perniagaan di pelbagai bahagian di pulau itu dan Kampus Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKAL) diarahkan ditutup sementara untuk sanitasi.

Ini kerana beberapa premis telah dikunjungi pesakit yang positif Covid-19.

Related posts

Leave a Comment