Tiada lagi rentas negeri PJJ

PUTRAJAYA 30 Mei – Mulai Selasa ini, tiada lagi aktiviti rentas daerah dan rentas negeri membabitkan pasangan jarak jauh (PJJ), kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob,

Katanya, pasangan PJJ terpaksa ‘berkorban’ buat sementara sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama selama dua minggu dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Beliau berkata, untuk aktiviti rentas negeri dan daerah oleh pihak yang mendapat surat kebenaran bekerja dan sebagainya, surat kebenaran diberikan sebelum ini tidak akan terpakai bermula 1 Jun ini.

“Kebenaran akan ditamatkan pada esok dan kementerian akan mengeluarkan surat baharu berkaitan bekerja.

Bagaimanapun, kita membenarkan rentas negeri membabitkan kes berkaitan kes kecemasan seperti kematian, keluarga sakit, nazak dan sebagainya dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang media hari ini.

Katanya, ada dua sumber saja yang boleh mengeluarkan surat kebenaran rentas negeri dan daerah iaitu kementerian yang berkaitan dengan bidang kerja serta pihak PDRM.

Beliau memohon supaya mereka memberi maklumat yang jujur semasa mengemukakan permohonan rentas daerah dan negeri.

Related posts

Leave a Comment