Thailand catat 157 kes baharu

BANGKOK 13 Jan. – Thailand merekodkan 157 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 10,991.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 132 kes adalah penularan tempatan manakala 25 lagi kes import.

Kes import melibatkan ketibaan dari Iceland, Amerika Syarikat, Jerman dan Qatar sementara 21 lagi dari Myanmar.

Bagi kes tempatan pula, 24 kes di Bangkok termasuk seorang bayi sembilan bulan, 15 di Samut Prakan dan 25 Samut Sakhon.

Daripada 10,991 kes yang melanda negara, sebanyak 6,943 dilaporkan pulih termasuk 211 yang sembuh dalam tempoh 24 jam manakala 3,981 sedang dalam rawatan.

Jumlah kematian kekal 67.

Related posts

Leave a Comment