Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 17 Mei – Kes sembuh harian mengatasi jumlah kes positif Covid-19 hari ini apabila 5,754 orang pesakit sembuh manakala kes positif pula 4,295. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,606,611 dengan kes positif pula 1,744,045 dan kes aktif 89,129. Pada masa yang sama sebanyak 212 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 48,305. Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,143 dan kumulatifnya 264.898 orang, Jawa Tengah 796 (175.021), Riau 600 (46,201), Nusa Tenggara Timur 372 (14,104) dan Banten 320 dan kumulatifnya…

Read More

Kes harian Arab Saudi 886 kes

RIYADH 17 Mei – Arab Saudi merekodkan 886 kes baharu Covid-19, hari ketiga berturut-turut merekodkan angka 900 ke bawah selepas 825 kes semalam dan 837 kes pada 15 Mei lalu. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 433,980 dengan kes aktif pula 7,892 di mana 1,377 dalam keadaan kritikal. Jumlah kematian pula meningkat kepada 7,174 termasuk 12 lagi pesakit meninggal dunia hari ini. MoH juga merekodkan 1,127 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 418,914 kes. Sementara itu Riyadh merekodkan 281 kes diikuti Makkah 250…

Read More

Kes harian di India 281,386

NEW DELHI: India hari ini, Isnin (17 Mei) melaporkan kes harian Covid-19 menurun di bawah 300,000 buat pertama kalinya dalam tempoh beberapa minggu dengan merekodkan 281,386 kes Bagaimanapun kes kematian akibat virus itu masih mencecah lebih 4,000 iaitu 4,106 ketika negara itu berjuang memerangi gelombang koronavirus. Para pakar memberi amaran jumlah yang dilaporkan hampir pasti kurang daripada angka sebenar kerana kurangnya ujian CAovid-19 dijalankan di kawasan luar bandar, di mana virus ini menyebar dengan cepat. Kira-kira dua pertiga daripada 1.35 bilion penduduk negara tersebut tinggal di kawasan-kawasan ini. Beberapa pakar…

Read More

Filipina catat 5,979 kes baharu

MANILA 17 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,979 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,149,925 kes. Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 72 orang pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 19,262. Sebanyak 6,602 kes sembuh dilaporkan dan angka ini meningkatkan jumlah pesakit yang sembuh kepada 1,076,428 atau 93.6 peratus daripada keseluruhan kes. DoH juga memaklumkan jumlah kes aktif adalah 54,235 atau 4.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

PKPD Kota Setar 19 Mei – 1 Jun

PUTRAJAYA 17 Mei – Bandar Alor Setar dan seluruh daerah Kota Setar serta dua kampung di dua jajahan di Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 19 Mei hingga 1 Jun berikutan peningkatan kes Covif-19. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, sehingga 16 Mei sebanyak 975 kes aktif Covid-19 di seluruh daerah Kota Setar dengan enam mukim direkodkan sebagai Zon Merah iaitu Mukim Kota Setar (78 kes), Mukim Mergong (223 kes), Mukim Pengkalan Kundor (143 kes), Mukim Derga (138 kes), Mukim Kangkong (55 kes) dan Mukim Anak…

Read More

Malaysia catat kematian tertinggi

PUTRAJAYA 17 Mei – Malaysia merekodkan angka kematian baharu Covid-19 tertinggi hari ini dengan 45 kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu setakat ini ialah 1,947 kes. Pada masa sama, negara mencatatkan 4,446 kes baharu termasuk tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 474,556 kes. Kes tempatan melibatkan 4,230 warganegara (95.2%) dan 213 bukan warganegara (4.8%) Untuk rekod angka kematian tertinggi sebelum ini adalah 44 orang seperti yang dilaporkan pada Sabtu lalu. Kematian hari ini melibatkan 44 warganegara di mana Selangor merekodkan 20 kes, masing-masing empat…

Read More

7 lagi kes varian membimbangkan

PUTRAJAYA 17 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh lagi kes Variant of Concern (VOC) atau varian yang membimbangkan melalui survelan genomik oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas 10 sampel Covid-19 dari 10 Mei hingga 14 Mei 2021. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kes tempatan yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 telah dikesan di Kuala Lumpur dan tiga kes bukan warganegara dijangkiti varian India B.1.617 (sublineage B.1.617.2). Sebanyak tiga kes baharu melibatkan bukan warganegara dengan varian India B.1.617.2 dikesan di Malaysia. Dua kes…

Read More

Kes meningkat, PKP penuh di Selangor?

PUTRAJAYA 17 Mei – Selangor terus mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi hari ini ketika Kementerian Kesihatan turut mencadangkan langkah lebih ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) seterusnya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya di negeri itu. Hari ini, Selangor mencatatkan 1,650 kes berbanding  1,275 yang direkodkan semalam. Ini diikuti Sarawak (433 kes), Johor; 391 kes, Kelantan ; 343 kes dan Kuala Lumpur; 297 kes. Sementara itu Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba berkata, KKM akan mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan PKP sepenuhnya di Selangor jika kerajaan negeri tidak mampu mengekang pandemik itu. Katanya,…

Read More

14 lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 17 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 14 lagi kluster baharu hari ini, melibatkan tujuh kluster komuniti, empat kluster keagamaan dan tiga kluster di tempat kerja. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini 1,901 di mana 1,417 telah tamat dan 484 masih aktif. Berikut adalah perincian ringkas mengenai 14 kluster terbabit: 1. Kluster Jalan Kusta – Melibatkan daerah Gombak dan Petaling (Selangor) 490 individu disaring, 70 dikesan positif 2. Kluster Kundang Jaya – Melibatkan daerah Gombak (Selangor) – 300 individu disaring, 36 dikesan positif 3. Kluster Jalan…

Read More

Thailand rekod kes tertinggi

BANGKOK 17 Mei – Thailand hari ini merekodkan kes Covid-19 tertinggi sejak pandemik itu bermula apabila mencatatkan 9,635 kes harian dengan jumlah kematian pula 25 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah itu, 6,853 kes dikesan di penjara. Difahamkan, sebanyak 9,789 Covid-19 dikesan di 12 penjara dalam tempoh lima hari lepas dengan Penjara Pusat Chiang Mai merekodkan jumlah tertinggi iaitu hampir 4,000 kes. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes Covid-19 kini meningkat kepada 111,082 orang dengan jumlah kematian pula 614 orang. Di samping kes tertinggi yang direkodkan di…

Read More