Thailand rekod kes tertinggi

BANGKOK 17 Mei – Thailand hari ini merekodkan kes Covid-19 tertinggi sejak pandemik itu bermula apabila mencatatkan 9,635 kes harian dengan jumlah kematian pula 25 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah itu, 6,853 kes dikesan di penjara.

Difahamkan, sebanyak 9,789 Covid-19 dikesan di 12 penjara dalam tempoh lima hari lepas dengan Penjara Pusat Chiang Mai merekodkan jumlah tertinggi iaitu hampir 4,000 kes.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes Covid-19 kini meningkat kepada 111,082 orang dengan jumlah kematian pula 614 orang.

Di samping kes tertinggi yang direkodkan di penjara, Bangkok mencatatkan 1,843 kes diikuti Samut Prakan (155) dan Pathum Thani (146).

Ketika ini juga terdapat 28 kluster di 19 daerah yang merekodkan kes iaitu

Din Daeng, Wattana, Klong Toey, Lak Si, Lat Phrao, Ratchathewi, Phra Nakhon, Promprap Sattruphai, Suan Luang, Pathumwan, Sathon, Samphanthawong, Chatuchak, Bang Rak, Prawet, Wang Thonglang, Ramkhamhaeng, Bangkok Noi and Huai Kwang.

Sementara itu 25 kematian yang direkodkan adalah 18 di Bangkok dan setiap satu di  Suphan Buri, Sukhothai, Samut Sakhon, Samut Prakan, Nonthaburi, Nakhon Sawan dan Chai Nat.

Sembilan kes import pula adalah empat dari Malaysia, dua Kemboja dan masing-masing satu dari Pakistan, Ireland dan Israel.

Related posts

Leave a Comment