Kes harian Arab Saudi 886 kes

RIYADH 17 Mei – Arab Saudi merekodkan 886 kes baharu Covid-19, hari ketiga berturut-turut merekodkan angka 900 ke bawah selepas 825 kes semalam dan 837 kes pada 15 Mei lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 433,980 dengan kes aktif pula 7,892 di mana 1,377 dalam keadaan kritikal.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 7,174 termasuk 12 lagi pesakit meninggal dunia hari ini.

MoH juga merekodkan 1,127 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 418,914 kes.

Sementara itu Riyadh merekodkan 281 kes diikuti Makkah 250 dan daerah Timur dengan 97 kes jangkitan.

Related posts

Leave a Comment