Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 17 Mei – Kes sembuh harian mengatasi jumlah kes positif Covid-19 hari ini apabila 5,754 orang pesakit sembuh manakala kes positif pula 4,295.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,606,611 dengan kes positif pula 1,744,045 dan kes aktif 89,129.

Pada masa yang sama sebanyak 212 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 48,305.

Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,143 dan kumulatifnya 264.898 orang, Jawa Tengah 796 (175.021), Riau 600 (46,201), Nusa Tenggara Timur 372 (14,104) dan Banten 320 dan kumulatifnya 45.578 orang. 

Jawa Barat juga merekodkan kes positif yang tinggi iaitu 1,361 kes dan kumulatifnya 298,665 kes diikuti Jawa Tengah 673 kes (190.623), Jakarta 421 (419.629), Riau 317  (51.990) serta Jawa Timur 202 (151.450). 

Sementara itu Jawa Tengah merekodkan 44 kematian dan kumulatifnya 8.782 diikuti Jawa Barat 26 (3.985), Jawa Timur 25 (11.043), Jakarta 25 (6.968), serta Riau 21 (1.345).

Bagi program vaksinasi Covid-19, setakat ini jumlah penerimanya melebihi 13 juta orang atau 13.803.055 berikutan 65,459 lagi menerima vaksin ketika 9,066,982 melengkapkan dua dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment