Filipina catat 5,979 kes baharu

MANILA 17 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,979 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,149,925 kes.

Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 72 orang pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 19,262.

Sebanyak 6,602 kes sembuh dilaporkan dan angka ini meningkatkan jumlah pesakit yang sembuh kepada 1,076,428 atau 93.6 peratus daripada keseluruhan kes.

DoH juga memaklumkan jumlah kes aktif adalah 54,235 atau 4.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment