Malaysia catat kematian tertinggi

PUTRAJAYA 17 Mei – Malaysia merekodkan angka kematian baharu Covid-19 tertinggi hari ini dengan 45 kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu setakat ini ialah 1,947 kes.

Pada masa sama, negara mencatatkan 4,446 kes baharu termasuk tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 474,556 kes. Kes tempatan melibatkan 4,230 warganegara (95.2%) dan 213 bukan warganegara (4.8%)

Untuk rekod angka kematian tertinggi sebelum ini adalah 44 orang seperti yang dilaporkan pada Sabtu lalu.

Kematian hari ini melibatkan 44 warganegara di mana Selangor merekodkan 20 kes, masing-masing empat kes di  Kuala Lumpur dan Kelantan, masing-masing tiga kes di Kedah, Perak, dan Johor, masing-masing dua kes di Negeri Sembilan dan Melaka, serta masing-masing satu kes di Pahang, Pulau Pinang, Sarawak, dan Sabah.

Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah 43,506.

Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 2, 784 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 429,103 kes.

Setakat ini, 522 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 273 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment