6,385 kes harian di Filipina

MANILA 13 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,385 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,124,724 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, 107 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 18,821 kematian atau 1.67 peratus. Sementara itu, jumlah kes sembuh menunjukkan peningkatan dengan 1,050,643 kes atau 93.4 peratus daripada jumlah keseluruhan. Hari ini 4,289 lagi pesakit. Kes aktif pula  55,260 atau 4.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Thailand hampiri 5,000 kes harian

BANGKOK 13 Mei – Thailand menghampiri angka 5,000 kes jangkitan harian apabila merekodkan 4,887 kes hari ini dengan 32 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 518 kematian dan 93,794 kes. Sebelum ini jumlah kes tertinggi dilaporkan pada 24 April lalu dengan 2,839 kes. Bagaimanapun angka besar itu turut dipengaruhi oleh 2,835 kes yang direkodkan di penjara manakala 2,052 kes di luar penjara. Jumlah kes gelombang ketiga yang bermula bulan lalu adalah 64,891 dan daripada jumlah itu, sebanyak 33,189 pesakit dilaporkan sembuh termasuk 1,572 dibenarkan keluar hospital semalam. Menurut Pusat Pentadbiran…

Read More

Lapan kluster baharu

PUTRAJAYA 13 Mei – Lapan kluster direkodkan hari ini membabitkan kluster tempat kerja, komuniti dan keagamaan yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,848 dengan 457 kluster aktif. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  jumlah keseluruhan kluster yang ditamatkan ialah 1,391. Kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah Jalan Keretapi Lama (Selangor), Lima Jalan Kebun (Selangor), Jalan Tropika Industri (Johor), Jalan Suasa Industri (Johor) dan Jalan Chain Ferry (Pulau Pinang). Dua kluster komuniti pula adalah di Sarawak iaitu Jalan Lilin dan Kongsi Lapan selain kluster keagamaan iaitu Tanjung Rimau (Melaka). Berikut perincian bagi setiap kluster Kluster Jalan…

Read More

Kes jangkitan terus meningkat

PUTRAJAYA 13 Mei – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat dalam tempoh 24 jam lepas dengan merekodkan 4,855 kes berbanding 4,765 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah  Dalam kenyataan media hari ini, beliau memaklumkan daripada jumlah kes baharu, tiga adalah kes import manakala 4,852 melibatkan penularan dalam negara. Kes import melibatkan tiga bukan warganegara manakala kes tempatan pula membabitkan 4,494 warganegara dan 358 bukan warganegara. Sebanyak 3,347 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatifnya 414,707 kes manakala kes aktif kini 41,582. Beliau berkata sejumlah 481 kes ditempatkan di…

Read More

Kita belum menang lawan Covid-19

Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah buat kali kedua kita berhari raya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sekurang-kurangnya tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas walaupun tidak boleh rentas daerah dan negeri. Masih ada ruang untuk kita bersama berhari raya selepas Ramadan diisi dengan ibadah puasa, solat Tarawih, Witir , sedekah, zakat dan pelbagai lagi. Semoga ibadah kita mendapat ganjaran di sisi-Nya. Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran ketika kita sedang berperang dengan Covid-19. Musuh yang tidak kelihatan ini benar-benar mengancam kehidupan kita dalam pelbagai bidang. Ibadah Ramadan kita yang ketika menghampiri kemuncak…

Read More

Brunei sambut Syawal Jumaat

BANDAR SERI BEGAWAN 13 Mei. – Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) lewat petang semalam mengumumkan bahawa awal bulan Syawal 1442 Hijrah bersamaan tahun Masihi 2021 jatuh pada hari Jumaat, bersamaan dengan 14 Mei 2021. Keputusan itu telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ini berikutan hasil keputusan melihat anak bulan Syawal di lima lokasi yang telah ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Syawal 1442…

Read More

Selangor kekal penyumbang terbesar

PUTRAJAYA 13 Mei – Selangor mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang terbesar kes Covid-19 hari ini dengan merekodkan 1,783 kes daripada 4,855 kes peringkat negara yang dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 149,612. dan satu-satunya negeri yang mencatatkan angka empat digit. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga kekal di kedudukan kedua dengan 521 kes diikuti Johor 467, Sarawak dan Pulau Pinang masing-masing 395 kes.

Read More

4,205 kematian di India

NEW DELHI 13 Mei – India hari ini sekali lagi mencatat lebih 4,000 kes kematian akibat Covid-19, dengan catatan 4,205 orang manakala kes jangkitan virus itu kekal di bawah 400,000 buat hari keempat berturut-turut. Penularan virus itu juga sudah berleluasa di kawasan-kawasan terpencil di mana terdapat kes-kes yang tidak dilaporkan disebabkan kurangnya ujian dijalankan. Pakar-pakar masih tidak pasti bila jumlah kes akan mencapai tahap kemuncak dan semakin bimbang tentang kadar jangkitan dari varian yang menyebabkan kenaikan kes di India dan yang turut menular di merata dunia. Menurut data kementerian kesihatan,…

Read More

Hati-hati posting hari raya

SEREMBAN 13 Mei – Jangan ghairah ‘posting’ suasana hari raya. Ini kerana pemeriksaan polis sempena perayaan Aidilfitri tidak hanya tertumpu kepada sekatan jalan raya (SJR) tetapi ‘posting’ atau hantaran masyarakat dalam media sosial seperti Facebook juga dipantau. Langkah itu bagi memastikan arahan ditetapkan kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19, dipatuhi. Ketua Polis Negeri Sembilan Muhammad Mat Yusop berkata meskipun jalan raya beberapa hari ini lengang dan kenderaan masuk ke negeri itu juga kurang, pemantauan serta pemeriksaan menyeluruh tetap dilakukan lebih 160 anggota polis di sini. “Selepas solat sunat Aidilfitri mungkin…

Read More