Brunei sambut Syawal Jumaat

BANDAR SERI BEGAWAN 13 Mei. – Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) lewat petang semalam mengumumkan bahawa awal bulan Syawal 1442 Hijrah bersamaan tahun Masihi 2021 jatuh pada hari Jumaat, bersamaan dengan 14 Mei 2021.

Keputusan itu telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Ini berikutan hasil keputusan melihat anak bulan Syawal di lima lokasi yang telah ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Syawal 1442 Hijrah) pada petang semalam adalah tidak sabit kelihatan .
Dengan keputusan tersebut, menurut hukum syarak, bulan Ramadan tahun ini digenapkan menjadi 30 hari.

Related posts

Leave a Comment