Thailand hampiri 5,000 kes harian

BANGKOK 13 Mei – Thailand menghampiri angka 5,000 kes jangkitan harian apabila merekodkan 4,887 kes hari ini dengan 32 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 518 kematian dan 93,794 kes.

Sebelum ini jumlah kes tertinggi dilaporkan pada 24 April lalu dengan 2,839 kes.

Bagaimanapun angka besar itu turut dipengaruhi oleh 2,835 kes yang direkodkan di penjara manakala 2,052 kes di luar penjara.

Jumlah kes gelombang ketiga yang bermula bulan lalu adalah

64,891 dan daripada jumlah itu, sebanyak 33,189 pesakit dilaporkan sembuh termasuk 1,572 dibenarkan keluar hospital semalam.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 17 kematian yang dilaporkan adalah di Bangkok, tiga di Nakhon Ratchasima, masing-masing dua kes di Pathum Thani dan Chiang Mai dan satu kes masing-masing di Surin, Sara Buri, Nakhon Pathom, Phayao, Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Phetchaburi dan Phuket.

Mengenai jantina, 26 adalah lelaki dan enam wanita yang berumur antara 38-93 tahun serta menghadapi pelbagai penyakit kronik.

Lokasi kes pula, 1,069, di Bangkok, Samut Prakan (194), Pathum Thani (105), Nonthaburi (78), Surat Thani (73), Samut Sakhon (57), Chon Buri (56), Prachuap Khiri Khan (41), Ayutthaya (39) dan Rayong (30).

Sementara itu 16 kes import pula adalah dari Cambodia (2), Amerika Syarikat (1), Myanmar (1), Malaysia (2), Indonesia (1), Iran (1), Laos (2) dan India (6).

Daripada 93,749 kes, sebanyak 60,615 (64%) sembuh dan 32,661 masih di hospital,  termasuk 1,209 pesakit dalam keadaan kritikal dan 406 memerlukan bantuan alat pernafasan..

Related posts

Leave a Comment