Lapan kluster baharu

PUTRAJAYA 13 Mei – Lapan kluster direkodkan hari ini membabitkan kluster tempat kerja, komuniti dan keagamaan yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,848 dengan 457 kluster aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  jumlah keseluruhan kluster yang ditamatkan ialah 1,391.

Kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah Jalan Keretapi Lama (Selangor), Lima Jalan Kebun (Selangor), Jalan Tropika Industri (Johor), Jalan Suasa Industri (Johor) dan Jalan Chain Ferry (Pulau Pinang).

Dua kluster komuniti pula adalah di Sarawak iaitu Jalan Lilin dan Kongsi Lapan selain kluster keagamaan iaitu Tanjung Rimau (Melaka).

Berikut perincian bagi setiap kluster

Kluster Jalan Keretapi Lama

Kes dikesan di Kuala Selangor, Selangor.

– Kluster merupakan kategori tempat kerja.

– Seramai 81 individu disaring, 24 positif.

Kluster Lima Jalan Kebun

– Kes dikesan di Klang dan Kuala Langat, Selangor.

– Kluster merupakan kategori tempat kerja.

– Seramai 1,226 disaring, 11 positif.

Kluster Jalan Tropika Industri

– Kes dikesan di Johor Bahru, Johor.

– Kluster merupakan kategori tempat kerja.

– Seramai 112 disaring, 14 positif.

Kluster Jalan Suasa Industri

– Kes dikesan di Johor Bahru, Johor.

– Kluster merupakan kategori tempat kerja.

– Seramai 72 disaring, 12 positif.

Kluster Jalan Chain Ferry

– Kes dikesan di Seberang Perai dan Utara, Pulau Pinang.

– Kluster merupakan kategori tempat kerja.

– Seramai 72 disaring, 14 positif.

Kluster Jalan Lilin

– Kes dikesan di Miri dan Lawas, Sarawak.

– Kluster merupakan kategori komuniti.

– Seramai 262 disaring, 22 positif.

Kluster Kongsi Lapan

– Kes dikesan di Tawau, Sabah.

– Kluster merupakan kategori komuniti.

– Seramai 56 disaring, 11 positif.

Kluster Tanjung Rimau

– Kes dikesan di Alor Gajah, Melaka.

– Kluster merupakan kategori keagamaan.

– Seramai 51 disaring, 14 positif.

Related posts

Leave a Comment