“Kita tidak punya pilihan”

JAKARTA 12 Mei – Presiden Joko Widodo meminta masyarakat Indonesia untuk tetap bersabar dan menahan diri kerana belum dapat bersilaturahmi secara langsung dengan sanak saudara sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Katanya, sambutan Aidilfitri 1442 Hijriah atau pada 2021 ini merupakan tahun kedua yang dirayakan di tengah situasi pandemik Covid-19. “Idul Fitri tahun ini kita masih harus berhadapan dengan pandemik Covid-19. Kita juga masih harus bersabar dan menahan diri karena tidak bisa bersilaturahmi secara langsung secara tatap muka dengan keluarga dan handai taulan,” ujar Jokowi melalui video di YouTube Sekretariat…

Read More

Bersyukur masih dapat beribadah

KUALA LUMPUR 12 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.mengajak rakyat bersyukur kerana masih dapat melaksanakan ibadah pada bulan Ramadan dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menyambut kedatangan Syawal. Baginda sedar rakyat terpaksa akur dengan pelbagai peraturan yang dikuatkuasakan demi membendung penularan pandemik Covid-19 dan berhari raya dengan norma baharu sekali lagi tanpa kunjung mengunjung dan balik kampung. “Beta juga melihat dan mendengar keluh kesah sebilangan rakyat yang terkesan dengan pelbagai dugaan melanda,” titah Seri Paduka dalam Perutusan Khas Aidilfitri yang disiarkan menerusi siaran televisyen dan…

Read More

Saya bukan zalim – Muhyiddin

PUTRAJAYA 12 Mei – Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata segala keputusan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertujuan untuk melindungi masyarakat daripada penularan jangkitan Covid-19. Beliau sedar keputusan kerajaan melaksanakan PKP sewaktu musim perayaan Aidilfitri merupakan satu keputusan yang tidak disenangi sebahagian besar masyarakat. “Ada yang marah saya kenapa ambil tindakan begini ketika umat Islam akan menyambut 1 Syawal esok. “Sudahlah tidak boleh balik kampung, ingin ziarah keluarga dan sahabat handai juga tidak boleh, zalim sangatkah kerajaan ini? “Saya bukan zalim, semua ini untuk lindungi nyawa saudara-saudari dan kalau…

Read More

Lebih 23 juta kes di India

NEW DELHI: Angka kematian Covid-19 di India mencecah 254,197 dengan jumlah kes melebihi 23 juta. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 4,205 lagi kematian dicatatkan manakala 348,421 kes baharu dilaporkan. Kira-kira 3,704,099 kes aktif dilaporkan, penurunan 11,122 kes, hari kedua berturut-turut berlaku penurunan dalam kes aktif. Kes sembuh pula meningkat kepada 19,382,642 berikutan 355,338 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Sementara itu, kerajaan persekutuan tidak menolak kemungkinan mengenakan sekatan pergerakan sepenuhnya bagi mengatasi keadaan yang semakin buruk. Beberapa negeri sudah menguatkuasakan perintah berkurung waktu malam atau sekatan…

Read More

Risiko jangkitan kunjung mengunjung

PUTRAJAYA 12 Mei – Kementerian Kesihatan mengingatkan masyarakat mengelakkan dari menghadiri sebarang perhimpunan besar-besaran termasuk solat Hari Raya beramai-ramai melebihi had dibenarkan. Mereka juga diminta menangguhkan aktiviti ziarah-menziarahi termasuk menziarahi kubur dan sentiasa  patuh pada prosedur operasi standard (SOP) Hari Raya seperti yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan Covid-19 tidak mengenal mangsa, tempat, waktu, dan ketika. Lebih membimbangkan, majoriti mereka yang dijangkiti tidak mempunyai gejala (78.4 peratus) dan ini menjadikan risiko jangkitan serta penularan adalah amat tinggi sekiranya aktiviti…

Read More

14 kes dijangkiti varian Afrika Selatan

PUTRAJAYA 12 Mei – Sebanyak 14 kes tempatan Covid-19 baharu yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 dikenal pasti dari 3 Mei 2021 sehingga 10 Mei 2021, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Keputusan itu diperoleh dari survelan genomik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas 33 sampel COVID-19. “Kes-kes ini telah dikesan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan; serta satu kes import bukan warganegara yang dijangkiti varian dari India B.1.617.2. Beliau telah meninggal dunia. “Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian Afrika…

Read More

Kes harian menghampiri 5,000

PUTRAJAYA 12 Mei – Sebanyak 4,765 kes baharu Covid-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 453,222 kes. Daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 4,758 adalah kes tempatan iaitu 4,291 warganegara dan 467 bukan warganegara manakala kes import pula tujuh kes iaitu lima warganegara dan dua bukan warganegara. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 3,124 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 411,360 kes. Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 40,101. Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara…

Read More

Selangor cecah 2,082 kes baharu

PUTRAJAYA 12 Mei – Selangor terus menunjukkan lonjakan kes harian apabila merekodkan 2,082 kes daripada 4,765 kes seluruh negara yang direkodkan hari ini. Semalam, Selangor mencatatkan 1,328 kes dan dengan perkembangan ini jumlah kumulatif kes di Selangor meningkat kepada 147,829 berbanding jumlah seluruh negara 448,457 kes. Angka di peringkat kebangsaan dijangka mencecah 5000 kes pada pertengahan bulan ini semasa musim perayaan. Kuala Lumpur pula merekodkan 540 kes, Sarawak 405 dan Johor 348.    

Read More

SOP baharu di hari akhir Ramadan

RAMADAN sudah pun berada di pintu keluar, sedang menanti kehadiran Syawal. Tiada siapa boleh menghalang pemergian Ramadan. Dia tetap akan pergi. Tetapi selagi belum kiamat, Ramadan akan kembali lagi, cuma kita belum pasti sama ada dapat menyambutnya di muka pintu 1443 dan seterusnya. Serentak dengan pemergian Ramadan, turut datang lebih awal sebelum kehadiran Syawal adalah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP). Bukan lagi satu dua negeri tetapi seluruh negara dikenakan PKP. Maknanya seluruh negara tidak boleh rentas daerah dan negeri. Sama-sama kita patuh Prosedur Operasi Standard (SOP). Jangan ada pergerakan untuk…

Read More

Polis tambah SJR laluan tikus

JOHOR BAHRU 12 Mei – Polis Johor menambah jumlah Sekatan Jalan Raya (SJR) di negeri ini daripada 35 kepada 50 setelah mengesan terdapat banyak laluan tikus melibatkan beberapa lokasi di sempadan daerah. Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata antara laluan tikus yang banyak dikesan adalah di sempadan daerah Segamat, khususnya di kawasan ladang kelapa sawit. “Selain itu, kita juga kesan laluan tikus di kawasan laut di bawah Op Benteng. Oleh kerana itu, jumlah SJR daripada 35 sebelum ini ditingkatkan lagi sehingga 50 untuk memastikan tiada yang lolos,” katanya…

Read More