Selangor cecah 2,082 kes baharu

PUTRAJAYA 12 Mei – Selangor terus menunjukkan lonjakan kes harian apabila merekodkan 2,082 kes daripada 4,765 kes seluruh negara yang direkodkan hari ini.

Semalam, Selangor mencatatkan 1,328 kes dan dengan perkembangan ini jumlah kumulatif kes di Selangor meningkat kepada 147,829 berbanding jumlah seluruh negara 448,457 kes.

Angka di peringkat kebangsaan dijangka mencecah 5000 kes pada pertengahan bulan ini semasa musim perayaan.

Kuala Lumpur pula merekodkan 540 kes, Sarawak 405 dan Johor 348.

 

 

Related posts

Leave a Comment