Kes harian menghampiri 5,000

PUTRAJAYA 12 Mei – Sebanyak 4,765 kes baharu Covid-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 453,222 kes.

Daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 4,758 adalah kes tempatan iaitu 4,291 warganegara dan 467 bukan warganegara manakala kes import pula tujuh kes iaitu lima warganegara dan dua bukan warganegara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 3,124 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 411,360 kes.

Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 40,101.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 39 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,761.

“Seramai 469 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 244 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan media harian.

Related posts

Leave a Comment