6,846 kes baharu Filipina

MANILA 10 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,846 kes baharu Covid-19 sekaligus meningkatkan jumlah keseluruhan kes 1,108,826. Jumlah kematian pula meningkat kepada 18,562 orang apabila 90 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu, 8,193 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,030,367 atau 92.9 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula 59,897 orang.

Read More

Thailand kesan kes varian Covid-19 India

BANGKOK 10 Mei  – Thailand mengesan kes pertama varian Covid-19 India, melibatkan warga tempatan, seorang ibu dan anak yang baru pulang dari Pakistan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), wanita berusia 42 tahun itu dan tiga anak lelakinya yang berusia antara empat hingga lapan tahun tiba di Thailand dari Pakistan pada 24 April. Semua mereka berada di pusat kuarantin. Ibu dan anaknya yang berusia 4 tahun disahkan positif sementara dua lagi anaknya negatif. Chulalongkorn Memorial Hospital pada Ahad menjalankan rawatan genom kerana sejarah perjalanan mereka. Analisis lanjut menunjukkan adanya varian India. Pihak…

Read More

1,630 kes, 22 kematian di Thailand

BANGKOK 10 Mei – Thailand merekodkan 1,630 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 2,101 semalam tetapi menunjukkan peningkatan kes kematian iaitu 22 orang berbanding 17 yang dilaporkan semalam. Daripada jumlah kes baharu itu, lapan adalah kes import manakala 1,622 kes tempatan yang menjadikan jumlah keseluruhan 85,005 kes dan 421 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian melibatkan 13 orang di Bangkok, dua di Chiang Mai dan masing-masihg satu di Chachoengsao, Khon Kaen, Maha Sarakham, Pathum Thani, Rayong, Samut Prakan dan Suphan Buri. Dua mangsa meninggal dunia pada hari yang sama…

Read More

PKP seluruh negara 12 Mei – 7 Jun

PUTRAJAYA 10 Mei – Seluruh negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 12 Mei sehingga 7 Jun depan, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 hari ini. Katanya, berdasarkan trend kes-kes harian Covid-19 yang semakin meningkat, Kerajaan memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak. “Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia…

Read More

3,807 kes baharu, Selangor tertinggi

PUTRAJAYA 10 Mei – Malaysia terus merekodkan kes Covid-19 melebihi 3,000 apabila merekodkan sejumlah 3,807 kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes kumulatif kini 444,484 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,149 kes diikuti Sarawak (649) dan Kelantan (329).  Kuala Lumpur pula mencatat 320 kes; Johor (257); Pulau Pinang (245); Kedah (224); Negeri Sembilan (144); Perak (119); Sabah (96); Terengganu (93); Melaka (88); Pahang (77); Putrajaya (11); Labuan dan Perlis masing-masing tiga kes. Sehingga 10 Mei 2021 (12:00 tengah hari); Kes sembuh : 3,454 kes (405,388 kes kumulatif, 91.2%); Kes baharu : 3,807 kes (444,484 kes kumulatif); Kes import : 5 kes…

Read More

106 kluster baharu

PUTRAJAYA 10 Mei – Sebanyak 106 kluster baharu dikesan pada minggu ke-18 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), menjadikan jumlah keseluruhan kluster di Malaysia kini 1,775, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba. Daripada jumlah itu, sebanyak 429 kluster masih aktif di dalam negara sementara 72 kluster ditamatkan pada minggu ke-18 PICK. Menurut beliau, terdapat peningkatan 67 peratus kluster ditamatkan pada minggu ke-18 berbanding minggu sebelumnya. Katanya, daripada 106 kluster, sebanyak 44 kluster baharu daripada tempat kerja, 33 kluster komuniti, 19 kluster sektor pendidikan, lapan kluster keagamaan, satu kluster pusat tahanan dan…

Read More

Dr. Mahathir rayu patuh SOP

KUALA LUMPUR 10 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta rakyat lebih berdisiplin dalam mengawal diri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP)semasa musim perayaan ini bagi membendung penularan wabak Covid-19. Bekas perdana menteri itu yang nyata bimbang dengan perkembangan wabak itu berkata pasukan keselamatan serta orang lain tidak mampu untuk menjaga semua orang dalam pematuhan SOP semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Katanya, kegagalan untuk menjaga diri akan menyebabkan kadar jangkitan semakin meningkat pada Hari Raya. Justeru arahan tidak berkumpul pada hari raya amat penting untuk dipatuhi dan kita tidak…

Read More

Peluang menunaikan ibadah haji

MAKKAH 10 Mei – Khabar gembira buat bakal jemaah haji apabila kerajaan Arab Saudi  mengumumkan bahawa, rukun Islam yang kelima itu akan dilangsungkan pada tahun ini. Bagaimanapun tidak dinyatakan secara terperinci keputusan itu termasuk jumlah jemaah yang dibenarkan serta syarat lain yang ditetapkan berhubung prosedur perjalanan ibadah itu. Walaupun ibadah itu ‘tidak terhenti’ tahun lepas tetapi ‘menutup’ peluang jemaah dari luar malahan mengehadkan dalam jumlah terkecil. Kementerian Haji dan Umrah dalam satu kenyataan semalam menyatakan ibadah haji diteruskan dengan mengikuti piawaian dan peraturan kesihatan serta keselamatan demi kesejahteraan jemaah. “Institusi…

Read More

EU henti tempah AstraZeneca

PARIS: Kesatuan Eropah (EU) tidak memperbaharui tempahan bagi vaksin AstraZeneca setelah tempahan terakhir akan diterima pertengahan tahun ini, kata  Pesuruhjaya Pasaran Domestik, Thierry Breton. Kata Breton, blok itu akan memantau keadaan semasa sebelum membuat keputusan susulan. Pengumuman ini dibuat sehari selepas EU secara terbuka mengakui beri sokongan penuh kepada vaksin Pfizer-BioNTech. “Kami tidak memperbaharui pesanan selepas Jun. Kami akan tunggu dan lihat. AstraZeneca sangat menarik dari segi logistik, ia lebih mudah digunakan kerana suhu yang diperlukan untuk menggunakannya,” jelas Breton. Dua minggu lalu blok itu memulakan tindakan perundangan ke atas…

Read More