106 kluster baharu

PUTRAJAYA 10 Mei – Sebanyak 106 kluster baharu dikesan pada minggu ke-18 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), menjadikan jumlah keseluruhan kluster di Malaysia kini 1,775, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Daripada jumlah itu, sebanyak 429 kluster masih aktif di dalam negara sementara 72 kluster ditamatkan pada minggu ke-18 PICK.

Menurut beliau, terdapat peningkatan 67 peratus kluster ditamatkan pada minggu ke-18 berbanding minggu sebelumnya.

Katanya, daripada 106 kluster, sebanyak 44 kluster baharu daripada tempat kerja, 33 kluster komuniti, 19 kluster sektor pendidikan, lapan kluster keagamaan, satu kluster pusat tahanan dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Dalam sidang media di sini, Dr Adham turut berkongsi maklumat berkaitan kapasiti hospital di Malaysia ketika ini.

Katanya,  penggunaan katil untuk Covid-19 sebanyak 4,866 kes, untuk ‘low risk’ katil yang disediakan 11,403 yang telah pun dimuatkan untuk pesakit.

Untuk pusat tahanan, sebanyak 3,100 tempat,  katil untuk Covid-19, 67 peratus ‘coverage’, untuk risiko rendah 49 peratus dan pusat tahanan tujuh peratus.

Bagi katil di Unit Rawatan Rapi (ICU), untuk kes COVID sebanyak 540 katil, ‘ventilator’ yang digunakan untuk covid adalah sebanyak 300 unit.

Related posts

Leave a Comment