1,630 kes, 22 kematian di Thailand

BANGKOK 10 Mei – Thailand merekodkan 1,630 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 2,101 semalam tetapi menunjukkan peningkatan kes kematian iaitu 22 orang berbanding 17 yang dilaporkan semalam.

Daripada jumlah kes baharu itu, lapan adalah kes import manakala 1,622 kes tempatan yang menjadikan jumlah keseluruhan 85,005 kes dan 421 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian melibatkan 13 orang di Bangkok, dua di Chiang Mai dan masing-masihg satu di Chachoengsao, Khon Kaen, Maha Sarakham, Pathum Thani, Rayong, Samut Prakan dan Suphan Buri.

Dua mangsa meninggal dunia pada hari yang sama menerima keputusan ujian manakala tujuh dalam tempoh seminggu disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, Bangkok menunjukkan penurunan apabila kes yang dicatatkan hari ini 565 berbanding 980 semalam diikuti Nonthaburi 158, Samut Prakan (116) dan Samut Sakhon (85).

Lapan kes import pula adalah dari Bahrain, Croatia, India, Ireland, Qatar, Rusia , Turki dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, sebanyak 55,208 kes dilaporkan sembuh termasuk 1,603 yang pulih hari ini manakala 29,376 sedang menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment