Lagi kawasan dikenakan PKP

KUALA LUMPUR 8 Mei – Seluruh daerah Kuantan, Pahang, beberapa daerah dan mukim di Pulau Pinang serta Perak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 10 hingga 23 Mei ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata di Pulau Pinang, daerah yang terlibat adalah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, selain Mukim 12, Barat Daya; Bandar Butterworth dan Mukim 14, Seberang Perai Utara. Beliau berkata di Perak pula membabitkan mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan, selain mukim Pengkalan Hulu dan mukim Belukar Semang…

Read More

Varian baharu ‘sasar’ orang muda

PUTRAJAYA 8 Mei – Varian baharu Covid-19 dikenal pasti antara punca lebih ramai golongan muda dijangkiti wabak itu dengan gejala yang dialami lebih teruk sehingga menyebabkan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sejak awal tahun ini hingga semalam, jangkitan Covid-19 tertinggi melibatkan mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 29 tahun iaitu 1,531 kes manakala bagi 30 hingga 39 tahun pula sebanyak 1,452 kes. “Ini adalah usia bekerja. Pakar-Pakar di Hospital Sungai Buloh mengesahkan jangkitan varian baharu adalah dari usia muda yang menyaksikan ada…

Read More

Larangan rentas empat minggu

KUALA LUMPUR 8 Mei – Semua aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara tidak dibenarkan tanpa kebenaran PDRM selama empat minggu mulai Isnin ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Penguatkuasaan itu meliputi kesemua negeri yang berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Pemulihan (PKPP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Diperketatkan (PKPD), sehingga 6 Jun. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, keputusan sekatan ini akan disemak semula selepas dua minggu. Antara aktiviti lain tidak dibenarkan (dalam tempoh itu) adalah aktiviti sosial termasuk majlis-majlis kenduri, perkahwinan, keraian dan lain-lain; aktiviti pendidikan…

Read More

Empat varian di Malaysia

PUTRAJAYA 8 Mei – Empat varian Covid-19 yang membimbangkan telah dikesan di Malaysia iaitu dari United Kingdom (UK), Afrika Selatan, Nigeria dan India setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, bagi varian UK atau B.117, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan lapan kes dari luar negara telah menjangkiti komuniti. Varian UK atau B.117, setakat ini kita ada lapan kes ini di mana kita ada lima kes import iaitu dua ahli perniagaan dan saringan pelajar dari UK dan dua pulang dari Poland serta tiga kes tempatan yang…

Read More

Kenaikan membimbangkan

PUTRAJAYA 8 Mei – Trend kenaikan mendadak kes Covid-19 di negara ini adalah membimbangkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah. Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) khuatir situasi seperti di India juga boleh berlaku di Malaysia sekiranya tindakan drastik tidak dilaksanakan segera. Justeru katanya, Malaysia perlu mengambil iktibar daripada situasi Covid-19 di India di mana kes meningkat setiap hari sehingga melumpuhkan sistem kesihatan di negara tersebut. Begitu juga situasi beberapa negara lain yang perlu dielakkan daripada berlaku di dalam negara. “Sehingga tengah hari tadi, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 436,944 kes.…

Read More

PUTRAJAYA 8 Mei – Malaysia merekodkan 4,519 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 436,944 kes, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, daripada jumlah itu lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini ialah sebanyak 36, 564 kes. Terdapat pertambahan sebanyak 25 kes kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhan kini 1,657 kes. Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 2,719 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak kes. Setakat ini, 363 pesakit sedang…

Read More

110 juta sudah terima vaksin

PASUKAN Khas Covid-19 Amerika Syarikat mengumumkan 110 juta rakyat negara itu bakal menerima suntikan vaksin penuh menjelang Jumaat waktu tempatan. Pengarah Pasukan Khas tersebut, Jeffrey Zients, berkata, pencapaian itu menjadikan sejumlah 150 juta rakyatnya sudah menerima suntikan dos pertama. Bagaimanapun katanya, , negara itu masih jauh untuk mencapai kejayaan dalam memerangi pandemik ini. Apa yang lebih penting tegasnya, sekiranya lebih ramai orang divaksinasi, kes harian, kes rawatan di hospital dan kes kematian akan menunjukkan penurunan. Sementara itu Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Dr Rochelle Walensky pada masa sama mendedahkan, purata…

Read More

WHO lulus vaksin Sinopharm

GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan penggunaan kecemasan bagi vaksin Covid-19 Sinopharm yang dibangunkan China, kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus. “Petang ini, WHO memberi kelulusan kecemasan untuk membenarkan penggunaan vaksin dari Beijing, menjadikan ia vaksin keenam yang menerima kelulusan WHO berdasarkan keselamatan, keberkesanan dan kualiti,” katanya pada sidang media. Sinopharm ini akan menyertai vaksin lain keluaran Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, Moderna, AstraZeneca dan satu lagi vaksin versi AstraZeneca yang dibangunkan Serum Institute of India yang menerima kebenaran WHO. Dengan kelulusan itu membolehkan jutaan dos vaksin Sinopharm …

Read More