WHO lulus vaksin Sinopharm

GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan penggunaan kecemasan bagi vaksin Covid-19 Sinopharm yang dibangunkan China, kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

“Petang ini, WHO memberi kelulusan kecemasan untuk membenarkan penggunaan vaksin dari Beijing, menjadikan ia vaksin keenam yang menerima kelulusan WHO berdasarkan keselamatan, keberkesanan dan kualiti,” katanya pada sidang media.

Sinopharm ini akan menyertai vaksin lain keluaran Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, Moderna, AstraZeneca dan satu lagi vaksin versi AstraZeneca yang dibangunkan Serum Institute of India yang menerima kebenaran WHO.

Dengan kelulusan itu membolehkan jutaan dos vaksin Sinopharm  diedarkan kepada negara-negara yang memerlukan, menerusi program Covax yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, Covax boleh membelinya dan mengedarkan kepada negara-negara untuk meluluskannya berdasarkan peraturan dan cara mengimport vaksin.

Kumpulan Pakar Penasihat Strategik mengenai Imunisasi, atau SAGE, juga telah mengkaji data yang ada, dan mengesyorkan vaksin ini untuk orang dewasa 18 tahun ke atas, dengan jadual dua dos.

Related posts

Leave a Comment