Wawasan persoal wujud ‘tangan ghaib’

SEPANG 24 Sept. – Parti Wawasan Negara (Wawasan) mendakwa keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) adalah bermotifkan politik.

Dalam kenyataannya, Wawasan mendakwa tindakan RoS itu juga bertujuan menyekat gabungan itu daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka Ke-16.

Parti komponen PN itu turut mempersoal sama ada wujud ‘tangan ghaib’ dalam pengeluaran notis itu kepada PN, yang dikatakan dibuat pada hari sama dengan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, kelmarin.

“Wawasan dimaklumkan PN menerima dua notis daripada RoS. Notis pertama (bertarikh 22 September 2026) ialah Notis Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966.

“Notis kedua (bertarikh 23 September 2026) ialah Notis Perintah Penggantungan di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.

Dalam pada itu Wawasan berkata parti itu akan terus bekerjasama rapat dengan rakan parti komponen PN dalam memastikan jentera dan persiapan menghadapi PRN Melaka tidak lama lagi dapat berjalan seperti dirancang.

RoS dalam kenyataan hari ini mengesahkan semua kegiatan PN kini digantung, berkuat kuasa semalam yang dibuat mengikut Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) susulan notis dikeluarkan kepada PN pada 22 September lalu.

Notis berkenaan meminta PN memberi penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan Bersatu kepada jabatan itu dan perintah penggantungan berkenaan bertujuan menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.

Susulan tindakan itu, Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata gabungan itu akan mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan penggantungan berkenaan dan cadangan membatalkan pendaftarannya selepas tempoh tunjuk sebab.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment