Kenyataan Media MB Negeri Sembilan
BUKAN KERAJAAN BN-PN NS YANG MENURUNKAN TUANKU MUHRIZ
Kerajaan Negeri menegaskan bahawa kemelut Institusi Adat dan Raja yang berlaku hari ini bukan berpunca daripada pentadbiran semasa, tetapi merupakan masalah yang diwarisi daripada Kerajaan terdahulu.
Kegagalan Menteri Besar ketika itu melaksanakan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, termasuk keengganan menyempurnakan proses yang sepatutnya dilaksanakan, telah menyebabkan kemelut ini berlarutan dan menjadi semakin parah.
Kerajaan hari ini menerima mandat rakyat dengan majoriti lebih dua pertiga. Mandat tersebut membawa bersama suatu amanah besar untuk memulihkan kestabilan pentadbiran, mempertahankan keluhuran Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta memelihara kemuliaan Institusi Adat dan Raja yang menjadi tunjang identiti Negeri Sembilan.
PERTAMA: KERAJAAN TIDAK MENURUNKAN YANG DI-PERTUAN BESAR
Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya Kerajaan atau Menteri Besar telah “menurunkan” Yang di-Pertuan Besar adalah tidak tepat. Negeri Sembilan mempunyai sistem pemerintahan beraja yang tersendiri dan unik berasaskan Adat Perpatih serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Yang di-Pertuan Besar tidak dipilih oleh Menteri Besar atau Kerajaan Negeri. Undang-Undang Tubuh memperuntukkan peranan khusus kepada Undang Yang Empat dalam pemilihan Yang di-Pertuan Besar, manakala perkara berkaitan adat serta proses yang menyentuh kedudukan institusi berkenaan hendaklah dilaksanakan menurut peruntukan Undang-Undang Tubuh dan melalui institusi yang mempunyai bidang kuasa.
Justeru, adalah tidak benar untuk menggambarkan seolah-olah Menteri Besar atau EXCO Kerajaan Negeri mempunyai kuasa secara unilateral untuk menentukan siapa yang menaiki atau meninggalkan takhta. Kerajaan Negeri tidak pernah mendakwa mempunyai kuasa sedemikian.
KEDUA: KEUNIKAN SISTEM BERAJA NEGERI SEMBILAN MESTI DIHORMATI
Negeri Sembilan berbeza daripada negeri-negeri lain. Struktur tradisi pemerintahan Negeri Sembilan melibatkan Yang di-Pertuan Besar serta Undang Yang Empat, iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau dan Tunku Besar Tampin di samping peranan Dewan Keadilan dan Undang sebagaimana diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh.
Sebab itulah apa-apa kemelut yang melibatkan adat dan institusi tersebut tidak wajar dipermudahkan menjadi pertikaian politik antara Kerajaan Negeri dengan Istana.
Ia jauh lebih besar daripada kepentingan mana-mana parti atau individu.
Kerajaan berpandangan bahawa jalan penyelesaiannya mestilah kembali kepada adat, Undang-Undang Tubuh dan institusi yang diberikan bidang kuasa oleh undang-undang.
KETIGA: JANGAN ALIHKAN PERSOALAN SEBENAR
Kerajaan Negeri kesal apabila pertikaian ini cuba digambarkan sebagai pertentangan antara Kerajaan Negeri dengan Yang di-Pertuan Besar.
Naratif seperti ini tidak membantu usaha mendamaikan keadaan.
Persoalan yang perlu diselesaikan ialah pertikaian mengenai proses, bidang kuasa dan tafsiran terhadap tindakan institusi-institusi adat yang berkaitan. Perkara inilah yang sewajarnya diselesaikan melalui saluran yang diperuntukkan oleh adat dan Undang-Undang Tubuh, bukannya melalui tuduh-menuduh di ruang awam.
Kerajaan Negeri tidak berhasrat menentukan keputusan bagi pihak institusi-institusi tersebut.
KEEMPAT: HORMATI MANDAT RAKYAT DAN BIDANG KUASA KERAJAAN NEGERI
Pada masa yang sama, semua pihak juga wajib menghormati mandat rakyat Negeri Sembilan yang telah memilih sebuah Kerajaan Negeri dengan majoriti melebihi dua pertiga.
Mandat rakyat tersebut bukan sekadar angka di Dewan Undangan Negeri. Ia membawa bersamanya tanggungjawab dan kuasa eksekutif untuk mentadbir negeri, melaksanakan dasar, mengurus jentera pentadbiran serta menjaga kebajikan dan kemaslahatan rakyat Negeri Sembilan.
Kerajaan Negeri mesti diberikan ruang untuk menjalankan amanah tersebut secara sah, teratur dan berkesan tanpa sebarang campur tangan yang tidak berasaskan undang-undang, intimidasi, tekanan ataupun sekatan yang boleh menjejaskan fungsi sah sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.
Menghormati institusi Raja dan Adat tidak bermakna menafikan fungsi Kerajaan Negeri. Begitu juga menghormati mandat demokratik Kerajaan Negeri tidak pernah bermaksud mengurangi kemuliaan atau kedudukan Institusi Raja.
Kedua-duanya mempunyai kedudukan, fungsi dan bidang kuasa masing-masing di sisi Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh.
Tidak boleh mana-mana pihak menggunakan pertikaian institusi sebagai alasan untuk melumpuhkan pentadbiran negeri, menghalang keputusan eksekutif yang sah ataupun menjejaskan keupayaan Kerajaan Negeri memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Rakyat telah memberikan mandat. Mandat itu wajib dihormati.
KELIMA: BERHUBUNG SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI
Kerajaan Negeri mengambil serius persoalan tatakelola pentadbiran, prinsip kebertanggungjawaban serta kewajipan setiap penjawat awam untuk menjalankan tanggungjawab secara profesional, berkecuali dan selaras dengan undang-undang.
Kerajaan Negeri mesti diberikan ruang untuk menjalankan amanah tersebut secara sah, teratur dan berkesan tanpa sebarang campur tangan yang tidak berasaskan undang-undang, intimidasi, tekanan ataupun sekatan yang boleh menjejaskan fungsi sah sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.
Menghormati institusi Raja dan Adat tidak bermakna menafikan fungsi Kerajaan Negeri. Begitu juga menghormati mandat demokratik Kerajaan Negeri tidak pernah bermaksud mengurangi kemuliaan atau kedudukan Institusi Raja.
Kedua-duanya mempunyai kedudukan, fungsi dan bidang kuasa masing-masing di sisi Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh.
Tidak boleh mana-mana pihak menggunakan pertikaian institusi sebagai alasan untuk melumpuhkan pentadbiran negeri, menghalang keputusan eksekutif yang sah ataupun menjejaskan keupayaan Kerajaan Negeri memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Rakyat telah memberikan mandat. Mandat itu wajib dihormati.
KELIMA: BERHUBUNG SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI
Kerajaan Negeri mengambil serius persoalan tatakelola pentadbiran, prinsip kebertanggungjawaban serta kewajipan setiap penjawat awam untuk menjalankan tanggungjawab secara profesional, berkecuali dan selaras dengan undang-undang.
Kerajaan Negeri mengingatkan semua pihak, termasuk mana-mana agensi atau pihak berkuasa di peringkat Persekutuan, supaya tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai mengambil alih fungsi, menekan atau menentukan keputusan dalam perkara yang menurut undang-undang dan adat berada dalam bidang kuasa Negeri Sembilan.
Prinsip federalisme yang sihat menuntut supaya sempadan kuasa masing-masing dihormati. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah berasaskan hormat-menghormati, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, bukannya tekanan atau percubaan mengatasi bidang kuasa satu sama lain.
KETUJUH: SERAHKAN PENYELESAIAN KEPADA PROSES ADAT DAN PERLEMBAGAAN
Pendirian Kerajaan Negeri adalah jelas. Kerajaan Negeri tidak mahu mengambil alih tugas institusi adat dalam menentukan pertikaian mengenai adat dan institusi Raja.
Perkara tersebut hendaklah diselesaikan menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Adat Perpatih serta melalui institusi yang mempunyai bidang kuasa, termasuk Undang Yang Empat dan Dewan Keadilan dan Undang mengikut fungsi masing-masing.
Kerajaan menyeru supaya semua pihak yang terlibat segera mencari jalan penyelesaian secara berhemah, tertib dan bermaruah demi mengembalikan keharmonian Negeri Sembilan.
Apa jua keputusan muktamad yang dibuat secara sah oleh institusi yang mempunyai bidang kuasa menurut adat dan Undang-Undang Tubuh akan dihormati oleh Kerajaan Negeri.
Sebagai sebuah Kerajaan yang diberikan mandat rakyat dan memegang amanah kuasa eksekutif berperlembagaan, kami akan terus mentadbir negeri ini, menjaga kepentingan rakyat dan mempertahankan keluhuran undang-undang. Kerajaan Negeri tidak mencari pertelingkahan dengan Institusi Raja. Kerajaan juga tidak mahu adat dijadikan gelanggang politik.
Namun pada masa yang sama, jangan jadikan kemelut adat dan institusi sebagai alasan untuk mengganggu, mengintimidasi atau menyekat sebuah Kerajaan Negeri yang sah daripada melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat.
Tanggungjawab kami ialah memastikan pentadbiran kerajaan terus berjalan, rakyat terus diberikan perkhidmatan dan kemuliaan Institusi Adat serta Raja Negeri Sembilan terus dipelihara.
Dalam menghadapi saat yang mencabar ini, kita perlu kembali kepada falsafah Negeri Sembilan sendiri:
“Biar mati anak, jangan mati adat”
Adat hendaklah dipertahankan, perlembagaan hendaklah dijunjung, mandat rakyat hendaklah dihormati dan institusi hendaklah dipelihara.
Semoga kebijaksanaan, muafakat dan rasa tanggungjawab kepada Negeri Sembilan akhirnya mengatasi segala perbezaan.
YAB DATO’ HAJI ISMAIL BIN LASIM
Menteri Besar Negeri Sembilan
Khamis, 24 September 2026
#negerisembilan
