Empat varian di Malaysia

PUTRAJAYA 8 Mei – Empat varian Covid-19 yang membimbangkan telah dikesan di Malaysia iaitu dari United Kingdom (UK), Afrika Selatan, Nigeria dan India setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, bagi varian UK atau B.117, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan lapan kes dari luar negara telah menjangkiti komuniti.

Varian UK atau B.117, setakat ini kita ada lapan kes ini di mana kita ada lima kes import iaitu dua ahli perniagaan dan saringan pelajar dari UK dan dua pulang dari Poland serta tiga kes tempatan yang bawa varian ini di Sandakan.

“Namun, kita tidak pasti macam mana ia menjangkiti (orang) tempatan sebab itu kita bimbang. Namun ia telah dikesan dalam komuniti,” katanya dalam sidang media.

Turut dikenal pasti, varian Afrika Selatan dan Nigeria yang telah memasuki negara.

Setakat ini, katanya varian Afrika Selatan (SA) telah menyebabkan 48 kluster.

Varian SA iaitu B.1351, kita berjaya kesan 48 kes, antara di Kluster Jalan Lima iaitu empat kes, kluster Kebun baru (9), Kluster Teknologi Emas (tiga), Kluster Jalan Canning Estate Ipoh (10), Kluster Kg. Bunut Sarang Burung (10), kluster saringan kontak (11) dan satu kes dalam penyiasatan.

Variant of Interest (VOI) iaitu varian Nigeria yang dikenal pasti adalah dua kes pulang dari negara UAE dan bukan warganegara, dan mereka positif semasa diasingkan di pusat pengasingan.

Sementara itu, varian India yang dikesan mempunyai mutasi berganda setakat ini berjaya dikesan dan melibatkan seorang pekerja asing yang pulang dari negara itu pada 10 April lalu.

Bagaimanapun, kes berkenaan berjaya dikesan dan diasingkan.

Related posts

Leave a Comment