PUTRAJAYA 8 Mei – Malaysia merekodkan 4,519 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 436,944 kes, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini ialah sebanyak 36, 564 kes.

Terdapat pertambahan sebanyak 25 kes kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhan kini 1,657 kes.

Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 2,719 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak kes.

Setakat ini, 363 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 210 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment