110 juta sudah terima vaksin

PASUKAN Khas Covid-19 Amerika Syarikat mengumumkan 110 juta rakyat negara itu bakal menerima suntikan vaksin penuh menjelang Jumaat waktu tempatan.

Pengarah Pasukan Khas tersebut, Jeffrey Zients, berkata, pencapaian itu menjadikan sejumlah 150 juta rakyatnya sudah menerima suntikan dos pertama.

Bagaimanapun katanya, , negara itu masih jauh untuk mencapai kejayaan dalam memerangi pandemik ini.

Apa yang lebih penting tegasnya, sekiranya lebih ramai orang divaksinasi, kes harian, kes rawatan di hospital dan kes kematian akan menunjukkan penurunan.

Sementara itu Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Dr Rochelle Walensky pada masa sama mendedahkan, purata tujuh hari kes COVID-19 dicatatkan adalah sekitar lebih 45,000 kes setiap hari.

Ia menunjukkan penurunan sehingga 13 peratus sejak tujuh hari lepas malah kadar purata kematian dalam tempoh sama juga menurun kepada 656.

Related posts

Leave a Comment